Oh Ibu Aku Rindu Padamu
Oh
ibu aku rindu padamu,
Kau
melahirku dengan keikhlasan,
Membesarkanku
dengan rasa sayang,
Mendidikku
dengan penuh amanah,
Demi
menjadikan aku,
Seorang
manusia yang berjaya,
Oh
ibu aku rindu padamu,
Tanpamu
aku tidak akan ada,
Kata-katamu
sumber kekuatanku,
Leteranmu
buat aku tahu,
Tentang
kehidupan dan pengalaman,
Tentang
kebenaran dan kepalsuan,
Oh
ibu aku rindu padamu,
Meski
aku jarang bersamamu,
Jarang
meluahkan rasa sayangku,
Kau
sentiasa di hati,
Menemani
saat susah dan senangku,
Menjadi
inspirasi dalam hidupku,
Oh
ibu maafkan aku,
Anakmu
ini bisu,
Dalam
meluahkan rasa rindu,
Anakmu
ini lumpuh,
Dalam
mengekspresikan kasih sayangku,
Anakmu
ini buta,
Dalam
menunjukkan rasa prihatinku,
Kerana
engkau ibuku,
Insan
yang paling kurindu.
Meskipun belum sampai seminggu
meninggalkan kampung setelah pulang daripada bercuti, aku sudah mulai rindu
pada ibu. Kata-kata ibu masih terngiang-ngiang dalam fikiranku. Meskipun
caranya seperti bergurau senda, namun aku sedar bahawa ibuku serius.
Kata ibu:
“Kerap-keraplah telefon rumah.
Sekurang-kurangnya untuk bertanya khabar. Tak perlu lama, cuma dail dan cakap;
Assalamualaikum, ibu apa khabar? Dan boleh terus letak phone. Ibu cuma nak
dengar suara anak ibu ni sekali sekala.”
Aku faham maksud ibu sebab aku kenal
sangat sikap sendiri. Aku ni kalau tak balik kampung tiga empat bulan sekalipun
memang susah nak call rumah. Bukan rumah je sebenarnya, tapi pada sesiapapun.
Telefon aku hanya berfungsi masa nak buat panggilan penting atau nak ambil
gambar. Kebanyakan masa lain telefon aku macam takde fungsi. Kadang-kadang tak
ada bateri dua tiga hari pun tak kisah. Telefon tertinggal dekat rumah? Benda
biasa.
Selain itu ibu juga asyik sebut pasal
kahwin. Aku tahu ibu risau, sebab aku masih tak ada calon sedangkan adikku dah
merancang nak bertunang tahun depan. Ibu kalau boleh tidak mahu anak-anaknya
langkah bendul. Jika majlis disekalikan mesti lagi bagus.
Abang Longku juga dah mulai bising.
Dia nasihatkan aku cari calon secepat mungkin. Dia juga menyuruh aku membuat
solat istikharah dan solat Dhuha. Supaya jodohku cepat tiba dan supaya rezeki
sentiasa bertambah. Setakat ini aku memang belum pernah buat solat istikharah.
Sebab aku tak begitu mahir. Aku tidak mahu buat sambil lewa sahaja. Apapun, aku
sedang belajar sekarang daripada buku yang kubeli.
Semoga Allah memberkati hidupku,
keluargaku, sahabat handaiku, serta kaum muslimin dan muslimat sekalian, sama
ada yang masih hidup atau mati. Amin.
Comments
Post a Comment