Kes Kematian Datuk Abd. Aziz Mohd Noh & Siti Rohana


1. Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang,Datuk Abd Aziz Mohd Noh, 63, dan bekas pembantu peribadinya, Siti Rohana, 43, ditemui mati ditembak di KM476, Lebuhraya Utara-Selatan, dekat Sungai Buloh pada 3 Ogos 2010.

2. Pekerja menebas rumput di kawasan berhampiran berkata, "Kereta tu tadi bergerak perlahan sebelum terbabas,".

3. Air bag tidak terkeluar dan hanya sisi kanan depan kereta sedikit rosak.

4. Tembakan dipercayai dilepaskan dari dalam kenderaan. Pistol Revolver .38 milik sah Datuk Abd Aziz Mohd Noh ditemui di dalam kenderaan sama.

5. Hasil bedah siasat mendapati kedua-dua mangsa mati akibat kecederaan di kepala iaitu dua kesan tembak di kepala Abdul Aziz manakala satu kesan tembakan pada kepala Siti Rohana.

6. Dato Abdul Aziz terkulai di tempat duduk pemandu kereta manakala Siti Rohana Ismat dalam keadaan terduduk di sebelahnya.

7. Kedua-dua mereka dipercayai ditembak dari jarak dekat berdasarkan tiada bukti tembakan dilepaskan dari luar kenderaan

8. Polis turut menemui sepucuk revolver .38 milik Dato Abdul Aziz di celah tempat duduk bahagian depan Toyota Caldina yang dinaiki mereka. Terdapat dua peluru yang masih berada dalam chamber pistol (revolver) manakala tiga bekas peluru yang sudah digunakan di dalam chambe

9. Kereta Toyota Caldina yang dipandu Abdul Aziz adalah milik Siti Rohana Ismat dan Ibu tunggal beranak empat itu aktif dalam politik dan pernah menjadi pembantu peribadi kepada Abdul Aziz dan kini Naib Ketua Wanita Umno Bahagian Tanjung Karang

10. Dalam kejadian kira-kira jam 10.45 pagi semalam, petugas lebuh raya mulanya menyangka mangsa terbabit dengan kemalangan biasa, namun terpaksa memanggil polis sejurus mendapati punca kematian kedua-dua penumpang kereta berkenaan akibat kesan tembakan

11. Abdul Aziz meninggalkan seorang balu, Siti Fatimah Mohd Noor, 62, serta dua anak perempuan, Norazilah, 40, dan Norazian, 37, kedua-duanya pensyarah universiti, serta seorang anak lelaki, Mohd Anis Hisham, 33, yang juga Exco Pemuda Umno Malaysia.

12. Siti Rohana Ismat sudah bercerai dengan suaminya, Abdul Aziz Hamim, 43, empat tahun lalu. Pasangan itu dikurniakan tiga anak – Izati Natasha, 20, Iliani Nazira, 14 dan Mohd Izat Emir, 9, yang tinggal bersama Siti Rohana di Tanjung Karang.

13. Polis percaya kes kematian bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd. Noh dan bekas pembantu peribadinya, Siti Rohana Ismat di Sungai Buloh, Selangor semalam tidak melibatkan pihak ketiga.

14. Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, siasatan kini hanya menjurus mencari motif tembakan itu dan laporan penuh mengenainya akan diperoleh secepat mungkin.

Ini adalah laporan pihak polis:
(a) Tembakan itu dibuat dari dalam kereta dan bukan dari luar kereta;
(b) Tembakan ke arah Siti Rohana Ismat dibuat dari arah sebelah pemandu.
(c) Tembakan ke atas Datuk Aziz dibuat dari sebelah kanan ke atas dahi di sebelah sisi kanan.  Dari fakta-fakta itu juga menguat lagi hujah untuk mengatakan secara jelas bahawa Datuk Aziz menembak Siti Rohana Rohana Jalil dan kemudian membunuh diri.

kesinambungan....

Pihak polis juga setakat ini juga mengatakan TIADA kesan pergaduhan atau perkelahian di antara mereka di dalam kereta. Ini membawa maksud bahawa tiada kesan kesan gigitatau cakar-mencakar setelah pakar forensik mengambil bukti dari bawah kuku memasing. Wanita tersebut ditemui dengan kepala menyandar ke bahu/lengan kiri lelaki tersebut dengan memakai tali pinggang keselamatan. Menunjukkan bahawa beliau TIDAK MENYANGKA akan di tembak.

Dengan keadaan kepala pemandu mendongak ke atas, menunjukkan bahawa beliau menembak dirinya sendiri dikepala. Mementum peluru itu menyebabkan kepala lelaki itu ‘di tendang’ ke belakang. Setuju? Atau anda ada pandangan tersendiri?

Comments