Siapa Shahrul Nasrun Kamarudin?

 
 Mungkin ramai yang tertanya-tanya siapalah jejaka yang YTT sebutkan nama ini. Bagi mereka-mereka yang selalu mengikuti berita politik, rasanya mereka tentu tahu siapa jejaka ini. Tapi takpe, YTT akan tetap perkenalkan pada kalian.

Nama Shahrul NAsrun Kamaruddin ni naik sejak rumah Ambiga diserang oleh lebih kurang 100 orang yang terdiri daripada peniaga, belia dan mat rempit,
yang mogok sebab marahkan Ambiga.
Macam mana namanya boleh naik?Hmm, sebab dia adalah ketua bagi mereka yang menyerang rumah Ambiga. Kenapa dia yang jadi ketua bagi mereka? YTT pun tak pasti. Apa yang YTT tahu, sejak kejadian itu, namanya terus famous. 

Menurut sumber dari Harakah(YTT kan suka petik dari internet), jejaka ini ialah CEO Red Carpet, satu syarikat pengurusan acara. Jejaka ini jug a pernah dikaitkan dengan Nora Danish , tapi tak pasti sejauh mana hubungan mereka.

Selain itu, dia juga AJLI(YTT xpasti maksudnya)Umno yang aktif berpolitik. Mana tau kan bakal jadi macam KJ ke, rafizy ke...

Kalau ikut latar belakang keluarga, dia ni memang anak orang kaya. Anak kepada Dato' Kamaruddin ni juga adalah anak saudara Razak Abas, seorang yang boleh dikatakan terkenal & kaya di kelantan.

Cuma ada satu je yang YTT konfius. Bila korek-korek balik dalam internet ni, macam-macam pulak gosip yang keluar. Antaranya:

a)Tuk Guru pernah bagi tender yang besar kat Red Carpet kepunyaan Shahrul ni untuk program Karnival Kelantan Fiesta 2009 sebab dia anak sedara Razak Abas...

b)Tapi lepas tu, karnival tak buat, duit lesap.

c)Lepas tu dia buat Karnival Kelantan Fiesta 2010, tapi tak dapat sambutan sebab hujan dan tuk guru pulaukan..

 d)sekarang dia serang rumah Ambiga pulak.

Ntahla..malas nak pk..

Comments