Kalau Dah Jodoh 2

DUA

Puas Nadra menangis sambil
menerangkan hal sebenar, tetapi nasi sudah menjadi bubur. Dia kesal dituduh sedemikian rupa, tapi apa boleh dibuat, itu tugas mereka. Menangis air mata darah sekalipun tak berguna. PA firdaus yang baru sampai terlongo. Apalagi melihat gadis yang tertangkap basah itu dia kenal!

"Nadra, buat apa kat sini? Fir, apa yang jadi ni?" Amar tersentak. Ilya kenal gadis tu?
"Ilya!" Nadra menghamburkan tangisannya ke bahu rakannya itu. ILya memandang Amar Firdaus, bos merangkap sahabatnya dengan seribu tanda tanya. Amar cuma mengangkat bahu sambil menjuih bibir.
Dia tidak kesal ditangkap basah, cuma kasihan melihat gadis tersebut yang sudah teresak-esak. Dia lelaki, dan kes itu tidak diketahui ramai. Tapi gadis itu perempuan, jadi secara tak langsung akan menjejaskan maruah si gadis. Lagipun sudah jelas- jelas Juliana curang, jadi apa perlunya hubungan mereka diteruskan.
Kes tangkap khalwat Juliana dan Hadi heboh diperkatakan. Mujur kes Amar dan Nadra berjaya disembunyikan dengan baik oleh Ilya. Untung juga ada PA yang berkaliber. Amar juga sudah berjanji untuk mengahwini Nadra dihadapan pegawai pencegah maksiat semalam.
"Kau betul ke nak kahwin dengan si Nadra tu? Kau jangan main-main, dia tu my best room mate + adik angkat kesayangan aku tau! Dah la dia dua tiga hari ni asyik berendam air mata! Mana taknya, kena tipu dek Hadi hampeh tu, pastu kena tangkap basah lagi dengan kau."
"Aku tak main-main la. Aku cuma nak jaga maruah dia. Kalau setakat nak bayar memang boleh je. Tapi apa dia nak cakap kat mak bapak dia pulak?"

"jangan kelentong fir. Nadra tu anak yatim piatu. Yang ada pun cuma nenek dia yang dah alzheimer, cucu sendiri pun dia tak ingat. Aku kenal dia lebih daripada kau. Kalau kau tak kahwin dengan dia pun tak terjejas. Kau kena ingat, kahwin ni bukan benda main- main."
" Aku memang nak bincang pasal hal tu, tapi kau yang tak bagi aku jumpa dan bincang dengan dia. Apa kata kau panggil dia keluar atau benarkan aku masuk? Bolehlah aku bincang betul- betul."


" kau gila nk masuk? Nak kena tangkap basah skali lagi?"
"takdela sampai mcm tu.lgpun kau kan ada. Takkan la kau tak percaya kat aku?"
"lantak kau la. Yang penting korang setelkan hal ini. Aku tau je selesai. Kau kawan aku, dia ibarat adik aku. Sekejap, aku panggil dia."ilya bergegas masuk. Beberapa minit kemudian nadra keluar.

"Boleh kita bincang sikit? Tapi bukan kat sini. Kita keluar, ok?"nadra hanya mengangguk. Vios metalik milik Amar Firdaus meluncur laju meninggalkan tempat itu.
Pertama kali Amar betul- betul memerhatikan Nadra, dia perasan dua benda. Satu, warna mata Nadra coklat cair, bukan coklat tua mcm org lain. Dua, dia sempat nampak lesung pipit Nadra walaupun senyum tak ikhlas. Mekap gadis itu simple, tapi terlihat manis.

Mereka duduk berdepan di sebuah restoren. Amar merenung Nadra tajam. Pandangannya itu seolah- olah menembusi fikiran Nadra. Nadra yang tidak selesa diperhatikan tunduk membisu.
" so, apa keputusan u? Kahwin or not?" suara Ammar memecahkan kebuntuan antara mereka.
"S.saya tak tahu. Saya buntu, tak boleh fikir ape."
"kalau macam tu, kahwin jelah! Senang. Isu ni mungkin akan tersebar jgk one day."
"tapi kahwin tanpa perasaan cinta takkan buat orang bahagia! Awak sendiri pernah cakap yg saya bukan taste awak!"
"Yup, tapi keadaan masa tu bukan begini. You know what, you are the one who guilty! Kalau awak tak tumpahkan air kat baju saya, kita tak akan berada kat dalam bilik hotel tu!"
"Jadi awak salahkan saya?Awak tarik saya, bukan saya yang sukarela. Kenapa saya yg disalahkan?"
" Habis,  awak buat apa di hotel tu?kalau tengok dari segi pakaian, saya tak rasa awak ada urusan kat sana! Awak nampak innoncent, tapi langsung xkisah berskandal dgn suami orang lagi."
"saya tak tahu!awak ingat kl sy tahu dia suami org sy akn suka dia? No way!"

Nadra bingkas bangun sambil menangis teresak-esak. Dia benci lelaki! Semuanya sama sahaja!
" nadra, sorry. I didn't meant that."firdaus mencapai pergelangan tangan nadra, erat. Perbincangan mereka belum tamat. Nadra kembali duduk. Namun tangisannya masih belum berhenti.
"Nadra, cuma ada 1 jalan untuk selesaikan masalah ni. Kahwin dengan saya. Tapi perkahwinan ni kena dirahsiakan. Saya perlu jaga reputasi saya. Saya juga perlu sembunyikan awak daripada keluarga saya. Lepas kahwin, saya akan hantar awak sambung belajar. Masa tu, awak boleh fikir apa yang perlu awak lakukan untuk masa depan."
"Awak suruh saya kahwin dengan awak, tapi dalam masa yang sama nak hantar saya pergi sejauh mungkin. Kalau macam tu, tak perlulah kita kahwin. Lebih baik saya terus pergi jauh sahaja. Kan senang. Tak.payah fikir pasal kahwin."
" Tak boleh, Kita kena kahwin! Awak dah lupa apa saya cakap dekat pegawai agama islam dan ilya? Sy dah janji dan sy akn tunaikn janji saya. Saya akn bertanggungjawab keatas awak."
"awak memang degil! Baiklah, saya akn kahwin dengan awak tapi perkahwinan itu sekadar di atas kertas. Sy takkan biarkan awak apa- apakan saya."
" jangan risau. Anggap sahaja saya seperti seorang sahabat. Esok kita menikah dan saya akan menyuruh ilya uruskan tentang pengajian awak."
Perjanjian antara mereka termeterai tetapi hati masing- masing berbelah bahagi. Amar dengan egonya, Nadra dengan ketakutannya.

Comments