Antara Soulmate dan Jodoh

Don't try to find a perfect partner, if you thinks you are not perfect. 
Find a partner whom can complete your imperfection.

Jodoh, pertemuan, dan ajal telah ditentukan sejak azali lagi. Siapa kita untuk menghalang atau mengaturkan hidup orang lain atau diri sendiri. Meskipun begitu, ia tidak bererti bahawa kita tidak akan bahagia. Allah telah mengaturkan pasangan hidup yang sewajarnya sebagai peneman hidup kita. Jika dia bukan orang yang kita mahukan, mungkin ada hikmah disebalik perjodohan tersebut.

Jika jodoh masih belum mendekat meskipun usia semakin meningkat, mohonlah pada yang Maha Kuasa. Mungkin belum sampai masanya untuk kita berumahtangga, atau mungkin jodoh kita masih belum tiba. Siapa tahu, doa kita dimakbulkan. Namun begitu, usah bimbang akan masalah ini. Jika jodoh di dunia sudah tiada, akan ada bidadara dan bidadari yang bakal menunggu di syurga. Syaratnya cuma satu, hati yang ikhlas dan taat kepada Tuhannya. Ingatlah bahawa dunia ini hanya sementara, dan akhirat adalah arah tujuan kita.

Pada yang sudah berumahtangga tetapi tidak bahagia, cuba kekalkan mahligai yang dibina sebaiknya. Seandainya memang sudah tidak boleh diselamatkan, putuskan ia dengan cara yang baik, sepertimana pada awal kamu menyambungkan hubungan antara dua jiwa itu.

Comments