Siapa yang menganggap Malaysia bukan negara yang seronok, ertinya dia tidak benar-benar mengenali negaranya sendiri. Sudahkah anda mengunjungi setiap ceruk tempat di Malaysia untuk menyatakan ia tidak seronok? Cuba fikir, kenapa kita nak
pergi melancong ke luar negara, sebab orangnya, atau tempatnya?
Malaysia sebuah negara unik yang terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya. Dalam erti kata lain, majmuk. Kita ada pelbagai kaum yang tidak ada di negara lain, serta pelbagai budaya dan adat resam yang kita tak
akan habis terokai.
Sayangnya, kebanyakan kita selalu melebihkan budaya asing, sedangkan budaya
sendiri terbiar dan tergadai.
Sebenarnya kita tidak
perlu lagi ke luar Negara untuk menikmati suasana “luar negara”. Di Malaysia
sendiri, terdapat pelbagai jenis tempat pelancongan bertaraf antarabangsa yang
boleh dibanggakan.
Nak rasa sejuk? Pergi sahaja ke Bukit Fraser, Bukit Tinggi atau Cameron Highlands. Nak berjudi?Nah, tesergam besar kasino di atas Genting Highlands. Nak
main salji?Cukuplah kalau sekadar melawat rumah salji di Bukit cerakah atau ice skating di Sunway Pyramid. Nak
tengok mumia?Rasanya Sunway Pyramid ada.
Apa lagi yang tak cukup? Arak? Kilang Carlsberg besar
gedabak di tepi jalan Shah Alam dan kilang arak di tepi Lebuhraya Persekutuan menuju ke Kuala Lumpur yang makin lama makin besar. Ini bukan saranan, tapi sindiran buat mereka-mereka yang lebih mementingkan keuntungan duniawi dan membuang saham akhirat mereka akibat tamak.
Sebelum kita
menerokai budaya dan negara luar, apa kata kita habiskan masa menerokai
tempat-tempat pelancongan di Malaysia dulu. Banyak tempat-tempat menarik yang kita
tak tahu sebenarnya. Kenal diri sendiri melalui budaya kita. Tak payah susah-susah cari makanan negara luar yang unik dan halal kerana makanan satu dunia ada di Malaysia.
Yang sedihnya, orang kita mengagung-agungkan negara luar, sedangkan negara sendiri dikuasai orang asing. Orang asing? Bersepah-sepah di merata Selangor, KL dan sewaktu dengannya.
Tengok sahaja
merata-rata tempat, pekerja asing bukan sahaja memenuhi skop pekerjaan yang
patut mereka lakukan iaitu buruh, amah atau pekerja kilang. Malah mereka turut
menguasai bidang yang mereka tidak patut mereka kuasai. Sejak bila Malaysia
memberi kebenaran kepada pekerja asing untuk bekerja sebagai jurujual?
Yang
sedihnya, sekian lama kat Malaysia, masih ramai antara mereka yang tak fasih berbahasa Melayu. Kenapa mereka perlu berborak dalam bahasa asing yang tidak difahami sedangkan
pelanggan yang menunggu kebanyakan orang Malaysia? Duduk di Malaysia,
belajarlah menggunakan bahasa Malaysia. Rasa marah juga bila orang datang ke
Malaysia, tapi tidak mahu berbahasa Malaysia. Kenapa kita tidak boleh
mencontohi negara jepun atau Indonesia yang sangat mengagungkan bahasa mereka sendiri?
Antara contoh terbaik
yang boleh dilihat sebagai warganegara Malaysia ialah kaum baba nyonya yang
fasih berbahasa Melayu walaupun berbangsa lain. Selain itu, ambillah iktibar
daripada orang cina Kelantan yang fasih dengan bahasa Melayu dialek Kelantan,
tapi pada masa yang sama tidak melupakan bahasa sendiri. Apapun, fikir-fikirlah
sendiri.
Bagi orang Malaysia yang suka menggunakan bahasa lain selain bahasa Malaysia dalam perbualan harian,(termasuk
inggeris) jangan pula sampai lupa akan bahasa sendiri. Nak
menggunakan bahasa lain adalah ok, tapi jangan sampai lupa diri!
Comments
Post a Comment