Baskin Robbin Free..Anda sempat ke?

Khabarnya, lebih seribu orang beratur di outlet Baskin Robbin One Utama Rabu lepas bagi mendapatkan satu scoop aiskrim Baskin percuma. Jika anda berada disekitar kawasan tersebut, anda boleh melihat deretan orang beratur menunggu giliran masing-masing, kecualilah anda turut serta beratur semalam.

Jika jumlah 1000 orang dalam masa hampir tiga jam tidak mengejutkan anda, apakata kita berkunjung pula ke outlet Baskin Robbin di Mid Valley?Khabarnya lebih 6000 orang beratur seawal jam 6 petang, walaupun kaunter sebenar hanya dibuka pada jam 8.00 malam. Dasyat kan?

Justeru kerana itu, YTT awal-awal lagi telah menyerah kalah dan sekadar berdiri ditepi kerana memikirkan barisan yang tak berkesudahan itu. Ajaibnya, YTT berpeluang menjadi pelanggan yang mendapat scoop aiskrim terakhir walaupun sepatutnya tak boleh. Rezeki, rezeki...

Apapun, YTT nak salute semua atlit Malaysia yang dapat medal kat Olimpik. Nasihat YTT, setiap peserta yang dihantar menggalas tanggungjawab besar untuk menang, bukannya sekadar nak cari pengalaman. Kalau kita bergantung kepada seorang sahaja, alamatnya yang sorang tu pressure, yang lain rasa down sebab orang tak pandan tinggi pada dia. Akibatnya?fikirlah sendiri....

Comments