KUANTAN: Suasana yang biasanya sepi di
perkampungan nelayan Kampung Kempadang dekat sini bertukar menjadi riuh hari
ini apabila sekumpulan nelayan berjaya menaikkan hasil tangkapan ikan kembung
seberat 420 kilogram (kg).
Tiga daripada nelayan berkenaan tidak
menyangka hasil tangkapan begitu banyak kerana sebelum ini memperoleh tangkapan
antara 30 hingga 50 kg sahaja pada hari biasa. "Kami terkejut menaikkan
seberat itu hasil tangkapan dalam masa satu jam berbanding pulangan hanya
sekitar 30 hingga 50 kg sehari di hari biasa," kata Omar Baru, 54, ketika
ditemui pemberita di pangkalan jeti nelayan.
Penduduk kampung dan orang luar tidak
ketinggalan berkumpul di kawasan tempat nelayan berkenaan menaikkan ikan untuk
membeli ikan kembung dengan harga lebih murah iaitu RM10 sekilogram berbanding
RM12 di pasar basah sekitar bandar Kuantan.
Dua nelayan muda yang juga adik beradik,
Mohd Hafizan Abdul Jalil, 22, dan Ahmad Firdaus Abdul Jalil, 18, begitu teruja
dan tidak menyangka rezeki yang diterima dan menganggapnya satu rahmat kerana
belum pernah memperoleh tangkapan 300 kg sebelum ini.
Ahmad Firdaus berkata, beliau bersama
abangnya turun ke laut jam 6.30 pagi dengan memandu bot sejauh 12 kilometer
dari pesisir pantai kampung sebelum melabuhkan pukat.
"Selepas satu jam kami menarik naik
pukat dan terkejut melihat begitu banyak tangkapan. Kami melepaskan pukat
sebanyak dua kali sahaja dan begitu teruja dengan jumlah tangkapan,"
katanya.
Katanya, sebelum ini mereka hanya balik ke
pantai pada lewat petang dengan membawa hasil tangkapan yang tidak seberapa. -
BERNAMA
YTT: Orang lain gembira, tapi YTT tak sedap hati..Minta2 itu bukan petanda buruk..teringat
dekat2 tsunami dulu..
Comments
Post a Comment