Menjadi penghormatan apabila
dipilih menjadi calon, namun sikap dan tanggungjawab yang ada, perlulah digerakkan
seiring dengan perhormatan tersebut agar ia tidak sia-sia. Setiap calon yang
dipilih biasanya ada kelebihan masing-masing. Kredibiliti, identiti dan
prestasi antara perkara yang dipegang ketika memilih seseorang calon.
Justeru,
hanya yang benar-benar berkelayakan sahaja yang mampu dipilih daripada ribuan
calon yang ada di luar sana.
Pelajar jurusan Bahasa di UiTM Shah
Alam, Farah Ismail berkata pengundi muda biasanya tidak meletakkan pangkat atau
usia sebagai batu pengukur sebagai calon terbaik untuk mereka.
“Apa yang penting, calon tersebut
perlu cukup memahami kehendak masyarakat dan mampu menyelesaikan masalah
penduduk setempat. Tua atau muda bukan persoalannya, yang penting kemampuan.”
Golongan muda masa kini dikatakan
cukup agresif jika berbicara soal politik. Seiring dengan darah muda yang
dimiliki, mereka ghairah menyuarakan pendapat meskipun masih jagung dan mentah.
Mereka juga memiliki kelebihan dari segi teknologi, dimana golongan muda lebih
banyak terdedah kepada maklumat tanpa batasan bersumberkan media baru.
“Jika dulu, golongan muda biasanya
kurang mengambil tahu akan isu politik, tapi dengan adanya media baru, mereka
lebih cepat mendapat maklumat daripada orang lain. Fikiran mereka juga lebih
terbuka dalam menerima sebarang maklumat.”
Zarina Ibrahim, pelajar tahun 1
jurusan Penyiaran Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media menyifatkan pilihanraya
sebagai satu cara mengekspresikan pendapat rakyat.
“Pilihanraya adalah hak rakyat
untuk memilih. Terpulang kepada mereka siapa yang akan mereka pilih. Tapi pada
saya, calon yang memiliki peluang terbaik untuk menang ialah mereka yang
sanggup turun padang, bersemuka dengan masyarakat dan mengetahui masalah
mereka. Calon tersebut perlu cukup mesra rakyat, dan tidak kisah “mengotorkan”
kaki demi kepentingan rakyat.”
Calon bukan sahaja dinilai daripada
pemerhatian luar, namun mereka juga perlu kreatif dalam menyampaikan makluman.
“Tidak perlu terlalu banyak bicara
untuk menarik perhatian rakyat, mereka hanya perlu bercakap secara ringkas,
tapi mendalam. Terlalu banyak cakap juga boleh memudaratkan.”
"Bagi saya, calon yang memiliki
peluang terbaik untuk menang, ialah calon yang memiliki kredibiliti yang
tinggi. Mereka biasanya dikenali masyarakat, namun tidak terjebak dalam
mana-mana skandal yang boleh merosakkan nama parti. Rekod mereka sentiasa
bersih dan mereka haruslah seseorang yang disegani masyarakat setempat. Dengan
kredibiliti tersebut, rakyat akan mempercayai mereka."
Comments
Post a Comment