RIO DE JANEIRO 15 Julai - Sebanyak 512 ekor penguin ditemui mati di
beberapa pantai di negeri Rio Grande do Sul, selatan Brazil kelmarin.
Pusat Pengajian Marin dan Pantai berkata, pasukan doktor veterinar
kini menyiasat punca kematian dengan mengambil 30 sampel daripada
kesemua haiwan tersebut untuk dianalisis.
Kesemua penguin spesies Magellenic itu ditemui mati di beberapa
pantai antara pekan Tramandai dan Cidreira, 100 kilometer dari ibu kota
Porto Alegre. - AFP
Comments
Post a Comment