Tergamak cuba bunuh ibu sendiri!

Kalau marah sekalipun, takkan la sampai nak membunuh! Mak sendiri pula tu! Jangan lupa yang syurga tu terletak dibawah telapak kaki ibu biar sejahat manapun seseorang ibu tu. Moga si ibu sanggup ampunkan dosa si anak sebelum jasad dan nyawa bercerai. Amin..

Gadis didakwa kelar leher ibu

KUALA PILAH - Perbuatan seorang gadis berusia 17 tahun yang tergamak mengelar leher ibu sendiri dengan sebilah pisau memakan diri apabila dia dan sepupunya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan cuba membunuh wanita itu.

Bagaimanapun, gadis itu bersama sepupunya, Nor Haslinda Mohd. Yunus, 26, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Azura Alwi.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa secara bersama menggelar leher seorang wanita, Azizah Isa, 50, dengan sebilah pisau sehingga menyebabkan kecederaan pada mangsa selepas berlaku perselisihan faham.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di depan pasar Gemencheh, Tampin dekat sini pada pukul 5.15 petang, 11 Jun lalu.

Kedua-dua tertuduh yang berasal dari Tampin itu didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun.

-kosmo-

Comments