Jentera Pakatan Rakyat dilihat lebih
agresif dalam aspek “psikologi politik” bagi menawan hati rakyat
berbanding dengan jentera BN yang masih kurang menyerlah di negeri –
negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat.
"BN perlu lebih agresif dan mantap
dalam memperkasakan misi tukang cerita politiknya sepertimana yang
dilakukan oleh PR bagi memberikan saingan yang lebih sengit kepada
mereka kerana strategi ceramah juga merupakan salah satu faktor yang
penting dapat mempengaruhi pemikiran para pengundi khususnya generasi
muda”, kata seorang pemimpin kanan BN kepada The Malaysian Times (TMT) hari ini.
Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej
Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara
Malaysia (UUM), Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, PRU13 mungkin
diadakan sewaktu cuti persekolahan dan Disember dilihat sebagai bulan
yang sesuai.
“Ini kerana bajet akan dibentangkan pada
September, dan sudah tentu tidak sesuai diadakan pilihan raya. Manakala
musim haji iaitu Oktober dan November pula, ia sudah menjadi isu
justeru agak mustahil untuk kerajaan mengambil risiko kerana ia pasti
akan dijadikan modal dalam kempen parti pembangkang.
“Tambahan pula, apabila kerajaan
mengumumkan pemberian ‘durian runtuh’ kepada rakyat, ia mungkin akan
dapat dinikmati sekitar Disember dan Januari.
“Sudah tentu mereka tidak akan lanjutkan
tarikh PRU terlalu lama dari tarikh bajet diumumkan,” katanya ketika
dihubungi Sinar Harian.
Katanya, adalah sukar untuk menjangkakan
bahawa PRU13 akan diadakan pada tarikh akhir tempohnya iaitu Mac tahun
depan kerana ia agak berisiko.
“Rakyat mungkin akan berubah fikiran
dalam menentukan siapa pilihan mereka dalam PRU13 jika tercetus perkara
yang tidak diduga, contohnya penganjuran demonstrasi seumpama Bersih.
“Bagaimanapun, saya percaya Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah mempunyai tarikh yang
difikirkan tepat dan sesuai bagi membubarkan Parlimen dan mengadakan
pilihan raya. Cuma belum sampai masanya untuk diumumkan,” katanya.
Comments
Post a Comment