BEIRUT: Tiga kakitangan terbunuh apabila lelaki bersenjata menyerang ibu
pejabat stesen televisyen milik kerajaan Syria, hari ini.
SANA berkata, serangan terhadap Stesen Televisyen Ikhbariya di
bandar Drousha, kira-kira 20 kilometer selatan Damsyik itu berlaku pada
awal pagi tadi.
Seorang kakitangan stesen itu berkata, lelaki bersenjata menyerang masuk
di dua daripada bangunan stesen berkenaan dan kemudiannya menahan
beberapa pengawal keselamatan serta meletupkan struktur bangunan
terbabit.
Kakitangan itu berkata, suspek menutup mata beliau dan membawanya dengan
kereta kira-kira 200 meter serta terdengar bunyi letupan. - AP
Comments
Post a Comment