KEMALANGAN BAS...Keadaan bas RapidKL yang dipandu Ismail Ahmad, 54,
terbabas di simpang empat Persiaran APEC, di Cyberjaya selepas merempuh
sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipandu Foo Hong Kam, 55, yang
memecut laju di persimpangan lampu isyarat di sini, Rabu.
Hong Kam maut ditempat kejadian ekoran kecederaan parah di kepala
manakala Ismail pula disahkan meninggal dunia di Wad Kecemasan Hospital
Putrajaya akibat cedera parah di kedua-dua belah kaki. -FotoBERNAMA
Comments
Post a Comment