Rafizi akan kerjasama dengan Faekah bongkar penyelewengan Umno Di Selangor
batuvskayu.blogspot
Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli berkata beliau akan bekerjasama dengan setiausaha politik menteri besar Selangor Faekah Husin untuk membongkar penyelewengan yang didakwa berlaku ketika pentadbiran BN di negeri itu.
Rafizi berkata langkah itu adalah susulan
kepada peletakan jawatannya – "yang diperbesarkan oleh media Umno bahawa
kononnya ia petanda wujud keretakan di dalam pentadbiran kerajaan Selangor yang
ditunjangi PKR."
Katanya, tindakan itu juga sebagai menyahut
cabaran oleh timbalan menteri pelajaran Puad Zarkashi untuk mendedahkan dakwaan
penyelewengan yang berlaku di negeri itu.
"Esok saya akan mula duduk berbincang dengan
Cik Faekah Husin untuk meneliti semula fail penyelewengan yang berlaku di
Selangor semasa pentadbiran Umno dahulu, sebagai menyahut seruan pimpinan Umno
agar saya membongkarkan penyelewengan yang berlaku di Selangor," katanya.
Cabaran berkenaan disuarakan oleh Puad dua hari
lalu ekoran tindakan Rafizi meletak jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif
Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.
Puad menyifatkan perletakan jawatan itu sebagai
kesan daripada kemarahan Rafizi terhadap pemimpin tertentu dalam pentadbiran
tersebut dan mencabar pemimpin muda itu supaya mendedahkan dakwaan
penyalahgunaan kuasa di Selangor.
Blog pro-Umno sebelum ini menimbulkan spekulasi
bahawa perletakan jawatan Rafizi pada 21 Jun merupakan kesan daripada perbalahan
dengan Faekah, yang didakwa berpengaruh besar ke atas Meneri Besar Tan Sri
Khalid Ibrahim, termasuk dalam pengagihan RM300 juta melalui Geran
Selangorku.
Rafizi bagaimanapun menafikan perkara itu dan
menjelaskan bahawa beliau meletak jawatan untuk menumpukan perhatian dalam parti
bagi menghadapi pilihan raya umum.
"Peletakan jawatan ini adalah satu tindakan
biasa yang juga dilandaskan pada asas moral keraa seorang ahli politik tidak
wajar dibayar gaji dari wang rakyat apabila tumpuannya cederung kepada aktiviti
politik partinya."- mkini
Comments
Post a Comment