Beberapa pemimpin pakatan dilihat begitu menyerlah sejak kebelakangan ini
dengan pelbagai pendedahan berani mati yang mungkin menjerat mereka jika
tersalah langkah, manakala sebilangan yang lain bersembunyi disebalik agenda
yang dirancang sebagai langkah selamat. Suasana yang dilihat seolah-olah menggambarkan siapa yang bakal terpilih
dan siapa yang bakal tersingkir dalam pencalonan Piliharaya Umum ke 13. Bagaimanapun, mereka yang mungkin terpilih
perlu bijak dalam melaksanakan perancangan mereka, kerana jika tidak mereka pula
yang mungkin terjerat.
Anehnya, kelibat Azmin Ali sebagai Naib Presiden Pakatan seolah-olah tenggelam selepas video skandal seks yang dikaitkan dengannya tersebar ke internet. Beliau juga sukar ditemui oleh media, dan enggan menjawab sebarang soalan yang dikemukakan, kecuali jika ditanya akhbar pembangkang. Beliau juga dilihat kurang menyerlah dalam penglibatan yang melibatkan media, tetapi diam-diam terlibat disebalik tabir ketika turun padang.

Sebagai seorang akauntan, Rafizi sememangnya pakar dalam isu kewangan
memandangkan dia sememangnya berpengalaman tentang isu duit. Persoalannya ialah
bagaimana dia memperolehi sumber-sumber maklumat yang didakwa berkaitan dengan
isu berbangkit, dan sama ada setiap bukti dan sumber tersebut sah dan boleh
dipercayai. Juga dipertikaikan jika beliau memperolehi setiap dokumen maklumat
secara tidak sah. Beliau juga dilihat begitu berhati-hati dalam mengeluarkan pernyataan
secara sedikit-sedikit, dan bukannya secara sekaligus.
Ini langkah selamat yang boleh mengelakkan beliau daripada disaman atau
ditahan polis. Beliau bakal calon, dan langkah selamat tersebut boleh menjamin
beliau untuk terus berada dipaksinya, tanpa diganggu-gugat oleh mana-mana
pihak. Langkah bijak itu juga mengelakkan beliau dari terus diserang daripada
man-mana pemimpin barisan nasional. Nampaknya keputusan yang dibuat beliau
untuk meletakkan jawatan dalam kerajaan negeri adalah selamat. Selain dapat menumpukan sepenuhnya keputusan kepada kerja-kerja parti, beliau juga terselamat daripada kontroversi dana geran RM300 juta.
Bagi Azmin pula, beliau mungkin tidak mahu mengungkit lagi kisah kontroversi yang menjeratnya sebelum ini, namun peluang beliau dilihat agak tertutup dalam pilihanraya kali ini. Beliau kini dihambat dengan seribu satu pertanyaan, dan jika tersilap langkah, boleh tersungkur dan terlungkup ketanah. Hanya mereka yang benar-benar mengenalinya boleh merungkai segala misteri.
Comments
Post a Comment