NIBONG TEBAL – Siapa sangka usaha keras seorang lelaki bekerja siang malam mengumpul wang untuk ke jinjang pelamin dua minggu lalu rupa-rupanya diperoleh hasil daripada 58 kegiatan pecah rumah sejak dua tahun lalu.
Tembelang pengantin baharu itu pecah setelah
suspek bersama seorang lagi rakannya dicekup polis daerah Seberang Perai
Selatan (SPS) pada Ahad lalu berikutan kes-kes pecah rumah di daerah ini, Parit
Buntar, Perak dan Bandar Baharu, Kedah.
Ketua Polis Daerah SPS, Superintendan Shafien
Mamat berkata, kedua-dua sahabat itu ditahan selepas polis menemui bukti
mengaitkan pembabitan mereka dalam kes-kes pecah rumah yang dilaporkan sejak
awal tahun lalu.
Menurut beliau, suspek pertama berusia 26 tahun
yang baru dua minggu berkahwin ditahan di rumahnya di Sungai Duri pukul 5 pagi
manakala rakannya berusia 23 tahun ditahan di rumahnya di Parit Kasa pukul 11
malam.
“Jarak antara rumah kedua-dua suspek itu adalah
22 kilometer dan mereka dipercayai sudah bersahabat sejak sekian lama,” kata
beliau.
Menurut beliau, suspek pertama itu mengaku dia
melakukan kes-kes pecah rumah sejak dua tahun untuk mengumpul wang bagi majlis
pernikahannya yang berlangsung kira-kira dua minggu lalu.
Comments
Post a Comment