PETALING JAYA: Pelakon Izara Aishah enggan menerima sebarang
watak melibatkan aksi ranjang terutamanya bersama lelaki sekiranya
ditawarkan oleh pihak produksi.
Izara, 20, berkata, dia mempunyai hak untuk memilih peranan yang ditawarkan kepadanya dan akan terus berpegang kepada prinsipnya itu.
"Benar saya sebagai seorang pelakon baru perlu terokai pelbagai watak dalam menjadikan saya seorang pelakon berkaliber tetapi bukan dengan membawa watak sebagai wanita jahat atau aksi ranjang.
"Walaupun saya masih baru, itu tidak bererti saya tidak mempunyai hak untuk menentukan apakah watak yang perlu saya bawa," ujarnya kepada mStar Online.
Tambah Izara, faktor usianya yang masih muda juga jadi penyebab dia enggan menerima watak-watak sedemikian.
Dalam pada itu, Izara menafikan dia semakin besar kepala apabila sudah mula memilih watak yang diberikan kepadanya selepas popular menerusi drama bersiri Vanila Coklat.
Izara menjelaskan keputusannya itu tiada kena mengena dengan populariti sebaliknya lebih kepada prinsip sebagai seorang individu.
"Saya masih baru dalam industri dan rasanya masih banyak peranan lain yang boleh saya terokai.
"Watak wanita jahat dan aksi ranjang mungkin tidak sesuai buat masa ini dan tiada kena mengena dengan populariti yang sedang saya kecapi," ujarnya.
Bagaimanapun kata Izara, prinsipnya itu mungkin berubah suatu hari nanti jika dia sudah bersedia untuk menerima watak sedemikian.
Sementara itu, mengulas mengenai wajahnya sering menghiasi drama-drama sebagai peranan utama, Izara berkata, dia bersyukur dengan kepercayaan pihak produksi dan menganggap ia sebagai rezeki dan hasil usaha kerasnya untuk bergelar pelakon.
Izara memberitahu, dia memang memegang azam untuk cepat dikenali dalam industri hiburan tempatan dan tidak menyangka ia secepat ini.
"Alhamdulillahlah apa yang saya rencanakan berhasil dan mendapat kepercayaan banyak pihak.
"Bagaimanapun tidak bererti saya sentiasa membawa watak utama, saya tidak mahu menerima peranan sampingan," katanya.
YTT :Perkataan mungkin tu yg buat YTT konfius. Mungkin tidak sesuai, mungkin berubah..semuanya mungkin..Jadi kemungkinan untuk berubah pun Mungkin jugak la ye..Kenapa tak kekalkan prinsip tu sampai tua?Lagi peminat suka.,.

Comments
Post a Comment