GEJALA PONTENG KELAS DI SEKOLAH MENENGAH SAINS PASIR PUTEH KELANTAN BEGITU BERLELUASA SEKALI DIMANA HANYA SEPARUH SAHAJA PELAJAR MEMASUKI KELAS DAN SEPARUH LAGI ENTAH KEMANA
-Mintak perhatian, mintak perhatian buat kawan2 semua..Ni dah melampau ni...ke kena gulingkan tampuk pemerintahan atas dulu??Atau nak sebarkan ke media biar Pengetua tu ambik tindakan..Jangan sampai media bertindak dulu. Kesian kat cikgu2 kita tu.-
Masalah kehadhiran pelajar-pelajar didalam kelas adalah
merupakan sesuatu perkra yang sentiasa diberi perhatian di mana-mana sekolah
tetapi apa yang menghairankan gejala ponteng kelas di Sekolah Menengah Sains
Pasir Puteh Kelantan ini begitu berleluasa sekali dimana hanya separuh
sahaja pelajar memasuki kelas dan separuh lagi entah kemana!
Yang menghairankan
dan menyedihkan ialah kenapa pengetua tidak mengambil sebarang tindakan untuk mengatasi
masalah ponteng kelas ni. Eh eh ih teruknya Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh Kelantan ni. Dua-dua ponteng kelas, pelajar-pelajar ponteng
kelas dan cikgu juga ponteng kelas! Atau mungkinkah pengetua ponteng
tugas? Tidak menjalankan tugasnya!
Apalah kuasa seorang guru biasa jika pelajar-pelajar ponteng
kelas dan pengetua pula tidak berbuat apa-apa! Pernah anak saya menceritakan betapa guru sejarahnya
begitu geram dengan jumlah kehadhiran pelajar didalam kelasnya yang begitu
rendah itu yang berlaku sepanjang masa bukannya sehari dua.
Oleh kerana terlalu geramnya, maka terkeluarlah kenyataan
berikut dari guru sejarah itu “geramnya saya dengan kehadhiran kamu semua ni. Asyik-asyik
ponteng kelas! Tak sampai separuh pun
yang hadhir sedangkan yang lain tu asyik-asyik ponteng. Kalau macam ni tugas
saya ialah berikan kamu markah tinggi-tinggi walaupun kamu tu ponteng”.
Itulah keluhan dari seorang guru yang prihatin terhadap
anak-anak muridnya tetapi tidak mampu berbuat apa-apa selain dari hanya
mengeluh dan merayu-rayu anak muridnya supaya tidak ponteng kelas.
Terima kasih, Terima kasih.
Terima kasih cikgu kerana sikap kamu yang prihatin itu. Sesungguhnya kamu adalah cikgu
yang berdedikasi, yang prihatin dan bertanggunggjawab tetapi kami memahami
apalah kuasa yang kamu ada sebagai seorang guru biasa untuk menyelesaikan masalah
ponteng kelas ini.
Wahai pengetua, bangunlah dari kerusi kamu itu. Bertindaklah untuk
mengatasi masalah pelajar ponteng kelas ini. Tunaikanlah tanggungjawab kamu
itu. Kalau tidak kami akan
menuntutnya di akhirat. Kalau tidak, kami tidak akan halalkan setiap sen gaji yang
kamu dapat.
NOTA
NOTA
Kepada guru-guru akademik yang bertindak secara proaktif mengambil attendance
pelajar-pelajar yang hadir semasa mereka
memasukki kelas diucapkan TAHNIAH DAN TERIMAKASIH.
Kepada yang belum melakukannya, lakukanlah COUNT HEADS PERFECT ATTENDANCE supaya pihak
pengurusan sekolah dan guru disiplin mendapat maklumat mengenai kehadhiran pelajar-pelajar semasa
seseorang guru itu memasukki kelas dan mereka bolehlah bertindak
sewajarnya untuk mengatasi masalah pelajar ponteng
kelas untuk mata-mata pelajaran tertentu.
DAN MUNGKIN DAH TIBA MASANYA UNTUK MELANTIK LEBIH RAMAI GURU DISIPLIN LELAKI UNTUK MEMANTAU KEADAAN DAN MENCARI TEMPAT LEPAK PELAJAR-PELAJAR ITU SEMASA MEREKA PONTENG KELAS!
Posted 28th April by parents prihatin sekolah menengah sains pputeh
Pelik..dulu langsung xde kes ponteng kelas, x g kelas sbb sakit pn kemain susah nk dpt excuse dulu...tiap2 pg tak de roll ke? Pelik...
ReplyDeleteEntah la..dulu pengetuanya tegas..cikgu2 pun respek pengetua..sekarang pengetua lebih dengar cakap student dari cikgu..cikgu2 pun selalu kena buli dengan budak2 tu...
ReplyDeletemana ada!! lau nak kutuk orang tu tengok2 la sikit.. cuba ko try sekolah kat kitorang?? aku rasalahkan ko pon sama gak dulu.. sekolah mne yang takda ponteng??hal yang kecil pon nk dibesarkan.. please la jangan jaga tepi kain orang lain, kain sendiri yang terkoyak taknak jaga..
ReplyDeletesokong!! sape kata separuh kelas ponteng?? entah2 anak ko yang ponteng, lepastu nak salahkan orang lain.. jangan salahkan orang lain atas kesalahan yang kita lakukan.
ReplyDeleteSabar2..apapun, kita kena pergi siasat juga hal ni..Saya pernah buat program kat sekolah, dan cikgu2 pun mengadu yang budak2 ni selalu melawan cikgu sebab ada backup dari pengetua..kalau cikgu pun xhormat, mana nak dapat berkat dalam belajar?Akak-akak senior dulu pun nakal jugak, tapi kitaorang respek giler kat cikgu..Tak percaya?tanyalah cikgu2 tu..
ReplyDeletenakal- nakal gak.. tapi, jaga la sikit nak kutuk pun.. biar berpada- pada sikit.. entah2 ada unsur tokok tambah. kan dah dosa tu... tak baik tabur fitnah.. baik bunuh orang terus je.. dosa kurang sikit..
Deletesaya sebagai owner blog cuma copy paste ape yg parent tulis..Pasal ponteng tak confirm, tapi ada juga dapat cerita2 pasal student x respek cikgu..tujuan sy copy paste bnd ni sbb nak dapat confirmation, dan sebagai pengajaran buat semua..semoga benda-benda yang buruk tak berulang dan semoga sekolah kita akan jadi sekolah yang paling best kat dunia..
Deletepasal ponteng tu, no comment..Mungkin parent tu pergi time ada program kat sekolah dan sebilangan pelajar kena join apa-apa event, jd kelas tak ramai orang..tapi pasal cikgu tu, cikgu2 sendiri yg bagitau..Mungkin tak semua, tapi segelintir..so adik2, apa salahnya duduk bincang dengan cikgu2 tu? Exam dah makin hampir..Walaupun xsemua ambik exam besar tahun ni, tapi berkat tu yang penting.. berkat tak semestinya buat result korg down..ia mungkin effect masa depan macam susah dapat kerja ke, masalah dalam kerja, etc...
ReplyDeletesuka hati korang je nak nilai macam tu kan. korang ada ke kat sekolah tu? korang tengok dengan mata sndiri ke pljr ponteng. fyi, event sekolah bnyk. pljr rmai yg take part. dah kalau korang ni memang pandai korang mesti tau kan pljr tersebut takkan msuk kls. xkan nk belah body jdi dua kot. pikir la. sblum korang tduh pape. kalau memang nak pljr full dlm kls sepanjang thun, tak payah bt event pape un. x pyh take part dlm mane2 aktiviti sukan. kalau bt mcm ni plak korang akan merungut kata anak saya xde sijil la bla bla bla. sape plak yg kau slhkan? pentadbiran jgk. nak apa2 pikir dlu. kau dah fitnah sekolah tu kalau kau kata mcm tue.
ReplyDeleteish ish ish..... bergaduh plakk..
ReplyDeletehmm..susah bila orang tak nak tengok benda ni dari sudut positif. Sekarang ni tujuan pertama kita pergi sekolah buat apa? untuk belajar kan??ko-kurikulum tu nombor satu ke? tak kan?nak aktif tak salah, tapi jangan sampai abaikan kelas. Jangan sampai salahkan cikgu bila tak dapat result ok sebab terlalu bz ko-kurikulum. nak pergi mana-mana, buat apa-apa, maklumkan pada guru. minta izin, ambil keberkatan. JAngan lupa, keberkatan tu tak akan nampak sekarang. tunggu bila dah kerja esok-esok, baru kita tahu pembelajaran kita tu berkat ke tak.
ReplyDelete