Seorang penulis blog Khairul Nizam Abdul Ghani adalah antara individu yang mengalami kecederaan dalam pertembungan dua kumpulan yang mengadakan perhimpunan serentak di Kota Bharu hari ini.
Khairul yang merupakan pengendali blog adukataruna.blogspot.com berkata, beliau menerima tiga jahitan di kepala ekoran kecederaan yang dialaminya.
Katanya, beliau yang menyertai perhimpunan 'Pra-Himpunan Royalti Menjunjung Titah Tuanku Sultan Kelantan' itu dipukul oleh sekumpulan 15 orang yang disyakinya sebagai anggota Pemuda Umno.
Khairul Nizam yang merupakan pegawai media dan penganjur perhimpunan itu berkata, beliau tidak dapat memastikan berapa orang yang cedera, namun menyatakan sekurang-kurangnya empat laporan polis telah dibuat.
Sementara itu, Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan berlaku insiden tumbuk-menumbuk dalam kejadian di hadapan Kota Darul Naim itu.

Bagaimanapun beliau menafikan menerima sebarang laporan polis.
-malaysiakini-
Comments
Post a Comment