DUNGUN – Seorang pelajar perempuan sebuah institusi pengajian tinggi
awam berdekatan, dicekup pihak berkuasa dalam keadaan berpelukan bersama
teman lelakinya atas katil bertingkat di dalam sebuah stor pusat cuci
kereta, dekat sini, pagi kelmarin.
Pelajar perempuan terbabit dipercayai bertandang ke tempat mencuci
kereta yang bakal dibuka itu, sebaik menamatkan kuliahnya untuk memadu
asmara bersama teman lelakinya yang difahamkan seorang penganggur.
Namun pelajar IPTA yang berasal dari kampung Cacar, Paka yang sama
sekali tidak menyangka bahawa teman lelakinya itu penagih bagaimanapun
terkedu seketika, apabila menerima kehadiran sepasukan anggota polis
narkotik yang melakukan serbuan di tempat berkenaan.
Susulan penangkapan tersebut, remaja perempuan yang merupakan seorang
pelajar kejuruteraan awam dan anak seorang pesara syarikat swasta di
Paka itu, terpaksa diserahkan kepada pihak Jabatan Agama untuk tindakan
lanjut kerana disyaki berkhalwat.
Sementara itu, teman lelakinya yang berasal Kampung Durian Mas itu juga
didapati positif dadah jenis methapethamine setelah menjalani unian
saringan air kencing dan disiasat mengikut seksyen 15(1) Akta Dadah
Berbahaya 1952.
Kedua-dua pasangan terbabit bakal menghadapi pendakwaan di Mahkamah
Rendah Syariah pada 9 Julai 2012 nanti atas kesalahan berkhalwat
mengikut seksyen 31(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri
Terengganu 2001.
Jika sabit kesalahan hukuman denda maksima RM3,000 atau tidak melebehi dua tahun penjara boleh dikenakan ke atasnya.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan tangkapan terbabit.
YTT: Apala yang nak jadi dengan anak muda sekarang?belajar tinggi2 tapi tak berilmu. Lelaki tu dah la penganggur, penagih lagi...JAngan salahkan mak bapak seratus peratus dalam hal ni. Diri sendiri tu yang kena fikir dulu. Kalau tak, sia-sia je pelajaran yang ada.
sumber: sinar harian
Comments
Post a Comment