LONDON: Seorang pengurus pasar raya yang menyembunyikan rahsia
mempunyai dua keluarga berbeza selama 20 tahun dan 12 anak, membunuh
diri selepas isteri dan kekasihnya mengetahui hal yang sebenar.
Andrew Ingham, 50, mengalami tekanan perasaan teruk selepas dua
isterinya meninggalkannya pada Disember tahun lalu selepas mengetahui
rahsianya dan dia ditinggalkan berseorangan di sebuah rumah pangsa
kecil.
Walaupun telah berkahwin dengan isterinya Jackie selama 30 tahun,
Ingham tetap menjalinkan hubungan dengan teman wanitanya, Anita Barret,
selama 21 tahun.
Dia ayah kepada empat anak bersama wanita simpanannya dan lapan bersama isterinya. Anak sulungnya bersama isterinya berusia 27 tahun sementara yang bongsu berusia lapan tahun.
Dia ayah kepada empat anak bersama wanita simpanannya dan lapan bersama isterinya. Anak sulungnya bersama isterinya berusia 27 tahun sementara yang bongsu berusia lapan tahun.
Dalam inkues kematiannya di Mahkamah Koroner Chelmsford, Jackie, 48 dan Anita, 42 duduk agak jauh di antara satu sama lain.
Ingham membunuh diri selepas merasa tertekan mengenai “kejadian yang berlaku dalam kehidupan peribadinya.”
Sebelum membunuh diri dia meninggalkan beberapa nota yang dialamatkan kepada “sesiapa yang berkenaan.”
Ingham tinggal bersendirian di rumah pangsa di atas restoran di Waltham Abbey dan mayatnya ditemui oleh rakannya, Stuart Pride.
Pride, tuan punya rumah itu merasa sangsi apabila menemui surat saman di kereta Ingham kerana kawannya itu sentiasa berhati-hati untuk tidak disaman.
Dia menggunakan kuncinya sendiri untuk masuk ke rumah Ingham dan menemui mayat rakannya.
Pride berkata, “Saya melangkah ke bilik. Saya lihat ada beberapa nota di atas katil. Saya mengintai ke dalam dan nampak tubuh Andrew tergantung dari alang.” - DM
Comments
Post a Comment