Ish3,
ni yang YTT pelik sangat ni. Kalau macam
ni la, memang untung benarla warga asing kat Malaysia ni ye. Sampaikan nak
sediakan tempat tinggal. Diorang tu tak sewa rumah ke??Hmm..Agak-agak apelah
yang jadi kalau diorang ditempatkan di satu tempat..
Mungkin
Little Bangla atau Little Indon akan wujud plak..Chinatown pown dah di ambil
alih oleh myanmar,bangla,etc agak2 ape jadi pada kawasan tu nanti. Kat Malaysia
ni rasanya ramai lagi orang tidur kat tepi jalan sebab takde rumah.
#Bkn
nak mengutuk atau mengata, tapi sekadar berbasi basa.
6,000
pekerja asing bakal peroleh kediaman
MELAKA
30 Mei - Seramai 6,000 pekerja asing di negeri ini bakal memperoleh kemudahan
kediaman yang disediakan oleh kerajaan negeri tidak lama lagi.
Ketua
Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, selain dapat mengatasi masalah
penempatan pekerja asing, ia turut membantu menyelesaikan pelbagai isu dan
rungutan masyarakat terhadap pekerja asing.
"Projek
kemudahan kediaman ini akan dibina di tiga kawasan iaitu Masjid Tanah, Taman
Tasik dan Bukit Rambai.
"Pembinaan
kediaman ini akan memudahkan penempatan pekerja-pekerja asing ini di dalam satu
kawasan. Ini sekali gus dapat menyelesaikan pelbagai rungutan penduduk di
sekitar taman perumahan terutama berhampiran Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Lendu yang sebelum ini berasa kurang selesa," katanya.
Beliau
berkata demikian pada Majlis Bertemu Komuniti Perindustrian di Kawasan
Perindustrian Ayer Keroh di sini semalam.
Turut
hadir Pengurus Besar Invest Melaka, Ramli Mohd. Ali.
Projek
milik Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) dan Yayasan Melaka itu akan
dibiayai sepenuhnya oleh kedua-dua badan kerajaan itu dan bakal disewakan
setelah siap kelak.
Menurut
Mohd. Ali, projek yang bakal bermula pada pertengahan tahun ini akan dibina
secara berperingkat dan dijangka siap dalam tempoh 18 bulan.
Dalam
pada itu kata Ramli, kemudahan yang dilengkapi dengan perabot itu adalah bagi
menampung sebahagian daripada 30,000 pekerja asing dalam bidang perindustrian
di negeri itu.
Comments
Post a Comment