Saksikanlah bagaimana seorang bayi di
dalam rahim ibunya yang kebiasaannya tidak duduk diam secara tiba-tiba
tenang dan bersujud sejurus didengarkan ayat suci Al-Quran Al-Karim
sudah cukup untuk menyedarkan ramai umat Islam betapa hebatnya mukjizat
yang diturunkan kepada Muhammad SAW.
Rakaman video yang dimuat turun
di laman Youtube itu (ada di atas) jelas sekalimempamerkan keajaiban
Kitabullah itu dan sememangnya fitrah manusia untuk tunduk kepada Allah
serta firmanNya. Sebuah hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh
Al-Bukhari juga menjelaskan bahawa setiap manusia bayi itu dilahirkan di
dalam keadaan fitrah yang suci dari sebarang dosa dan seterusnya
terpulang kedua ibubapanya untuk ‘mewarnainya’ atau mendidiknya.
“Setiap anak dilahirkan dalam
keadaan fitrah, kecuali orang tuanya yang menjadikannya Yahudi, Nasrani
atau Majusi,” (Hadis Riwayat Al-Bukhari).
Jelas sekali kebenaran riwayat
para ulama yang berpendapat bahawa setiap insan sebelum lahir ke muka
bumi ini sememangnya sudah mengaku Allah SWT itu sebagai Tuhan sejak di
alam roh (roohul mumayyiz) lagi. Malah, diriwayatkan juga bahawa semua
roh manusia telah berjanji kepada Allah Azza Wa Jalla untuk menyembahNya
dan menjadi seorang hamba yang taat pada Tuhan mereka.
“Dan ketika Tuhanmu mengeluarkan
keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil
kesaksian terhadap jiwa mereka, Bukankah Aku ini Tuhanmu?” Mereka
menjawab, “Betul, kami menjadi saksi” agar di hari kiamat kamu tidak
mengatakan, “Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang lengah terhadap
ini” (Surah Al-A’raf: 172).
Comments
Post a Comment