Sejarah Solat Lima Waktu Bermula Sebelum Lahirnya Nabi Muhamad Subuh.
Manusia
pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda
keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya
ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh
telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana
baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang
telah menjelma.
Zohor
Manusia
pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala
Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail
a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi
Ibrahim sebanyak empat rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi
penebusan.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana
dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon
akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana
korbannya digantikan dengan tebusan kibas.
Asar
Manusia
pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda
dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi
Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka
bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah
diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan
Nun.
Maghrib
Manusia
pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda
dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu
itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga
rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:
Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan
selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan
juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan
sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya
bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau
tiganya.
Isyak
Manusia
pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu,
Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam
dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan
dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat
rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap
isterinya.
Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap
saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap
anak Firaun
Kongsikan
sejarah solat lima waktu ini kepada rakan-rakan muslim yang lain.
sumber
http://www.bloggermuslim.com/2011/09/sejarah-solat-lima-waktu/
Di
Tulis Oleh:-Khalifah
Comments
Post a Comment