Seorang penuntut Universiti Pendidikan
Sultan Idris (UPSI) yang dikatakan mengalami masalah gangguan makhluk
halus, maut selepas terjatuh dari sebuah bangunan lima tingkat
di universiti itu kelmarin.
Timbalan
Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPSI, Datuk Dr Junaidi Abu
Bakar berkata, dalam siasatan awal, pihaknya mendapati mangsa, Fatimah
Mina Md Juferi, 22, mengalami masalah itu sebelum mengikuti kursus di
UPSI dan masih menjalani rawatan tradisional bagi mengatasi gangguan
itu.
Sehubungan
itu, beliau tidak menolak kemungkinan unsur mistik menyebabkan mangsa
terjatuh dari bangunan E-Learning kira-kira jam 5.30 petang kelmarin.
“Malah,
saya dimaklumkan rakan serumah mangsa yang dia berkelakuan pelik
sebelum ini termasuk bercakap sendirian dan menangis,” katanya yang
dihubungi semalam.
Fatimah,
pelajar tahun dua Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang
berasal dari Bakri, Muar, Johor, ditemui terbaring di bawah bangunan
berkenaan dengan kecederaan parah di beberapa bahagian badan, termasuk
patah rusuk kiri dan kanan, kaki kanan serta kedua-dua bahunya.
Sebelum ini ada khabar angin yang menyatakan bahawa gadis tersebut membunuh diri kerana tekanan perasaan, namun ia ternyata tidak benar.
Comments
Post a Comment