Perasmian pertandingan Futsal EXTREME POWER 5’s dan pelancaran haruman Adidas Extreme Power Special Edition
Bukan
nak promosi apa, tapi perfume ni memang best!!!For the first time, YTT
jumpa perfume untuk lelaki yang YTT suka. Biasanya YTT hanya kategorikan
lelaki sebagai xde bau, atau berbau busuk sahaja. Tapi kalau sesiapa
pakai perfume ni, YTT pasti akan toleh banyak kali! Tapi sebab YTT ni
perempuan, YTT akan beli buat sembur kat bilik.Bestnye...
Adidas Body Care dengan bangganya merasmikan pertandingan Futsal EXTREME POWER 5’s bersempena pelancaran haruman lelaki terbaru Adidas, Extreme Power Special Edition. Dua pasukan dari Malaysia yang memenangi pertandingan ini akan bertanding menentang empat lagi pasukan pada peringkat akhir di Singapura untuk berpeluang memenangi pengalaman hebat ke Real Madrid dan wang tunai bernilai RM 120,000.
Adidas Body Care dengan bangganya merasmikan pertandingan Futsal EXTREME POWER 5’s bersempena pelancaran haruman lelaki terbaru Adidas, Extreme Power Special Edition. Dua pasukan dari Malaysia yang memenangi pertandingan ini akan bertanding menentang empat lagi pasukan pada peringkat akhir di Singapura untuk berpeluang memenangi pengalaman hebat ke Real Madrid dan wang tunai bernilai RM 120,000.
Pertandingan ini akan menyaksikan
lapan pasukan futsal amatur bertarung untuk memenangi hadiah utama dan gelaran
juara bagi mewakili Malaysia pada peringkat akhir di Singapura. Pasukan yang
pulang dengan hadiah saguhati turut menerima hadiah menarik dari Adidas termasuk
voucher pembelian dari butik pakaian Adidas dan produk penjagaan Adidas. Antara
artis jemputan yang hadir pada majlis tersebut ialah Zahid, Ben Ibrahim, Steve
Yap dan Alan Yun. Mereka berentap menentang kumpulan bloggers sebagai pemula
pertandingan
tersebut.
Pertandingan ini akan menyaksikan
pasukan-pasukan dari Malaysia, Indonesia dan Singapura bertarung pada peringkat
akhir perlawanan pada 23 Jun 2012. Pemenang akan diterbangkan secara percuma
dan ditanggung sepenuhnya ke Spain, merasai sendiri sesi latihan bersama salah
seorang jurulatih bertaraf dunia dari kelab Real Madrid, tiket VIP bagi menonton
perlawanan Real Madrid secara “live”, serta wang tunai Singapura berjumlah SGD7,000.
Wangian Lelaki Adidas Extreme Power Special Edition dicipta khas buat jejaka
–jejaka di luar sana yang sentiasa aktif dan bergaya bagi memberikan mereka haruman
yang menimbulkan perasaan yakin dan maskulin.
Ia mengandungi tiga lapisan bahan
semulajadi, yang membuatkan wangian bertahan lebih lama. Gabungan lemon, bergamot, garbanum, dan citrus memberikan
rasa segar bertenaga. Campuran kopi, geranium
dan granny smith apple pula
membuakkan lagi rasa aktif dan bertenaga. Lapisan terakhir iaitu patchouli dan warm tonka bean yang disaluti woody
blend of sandalwood dan white cedar,
menimbulkan perasaan maskulin si pemakai.
Haruman ini mempunyai keistimewaan
yang tersendiri kerana tiga lapisan bahannya menjadikan ia satu haruman dengan
tiga bau berbeza. Setiap lapisan yang terserap ke udara, akan menaikkan haruman
bagi lapisan seterusnya, dan menjadikan bau harumannya berbeza dalam jangka
masa berbeza. Wanita-wanita yang berada di sekeliling anda pastinya tertarik dan
terpegun dengan haruman yang sungguh
unik dan harum ini.
Buat jejaka di luar sana, inilah
masanya untuk anda membuang semua rasa takut, dan menjadi seorang yang lebih
berani dan berkeyakinan. Wangian ini akan membuatkan anda kekal wangi dan segar
sepanjang hari, tanpa perlu risau akan bau peluh. Ia akan memberikan keyakinan
yang diperlukan oleh si jejaka untuk membuakkan perasaan juara yang terpendam
di dalam diri anda.
Haruman lelaki Adidas Extreme Power
Special Edition ini didatangkan dengan empat bentuk iaitu Eau de Toilette
100ml, Eau de Toilette 50ml, Deo Body 150ml, dan Roll-On 50ml. Anda juga boleh mendapatkan pek promosi
dengan harga yang lebih rendah di pasaraya dan gedung farmasi berhampiran anda
hari ini!
Comments
Post a Comment