KOTA BHARU – Perbuatan kejam seorang penganggur yang membunuh dua
beranak berakhir dengan lelaki itu dijatuhi hukuman gantung sampai mati
oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam.
Hakim Azman Abdullah menjatuhkan hukuman gantung itu terhadap Mazdi
Muhammad, 34, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan
munasabah dalam kes pendakwaan.
Mengikut pertuduhan pertama, Mazdi dari Kampung Sireh didakwa
membunuh suri rumah warga Thailand, Maena Ya, 36, pada pukul 2.30 pagi,
30 September 2009 di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Sireh Bawah
Lembah di sini.
Dalam kejadian itu, kedua-dua mangsa maut akibat kecederaan parah di
bahagian muka dan dada disebabkan tetakan bertubi-tubi menggunakan
senjata tajam.
Nurasyiken maut di tempat kejadian manakala Maena pula meninggal dunia pada jam 6.45 pagi selepas menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini.
Ketika kejadian, dua beranak itu berada di rumah mereka manakala suaminya berada di Terengganu kerana menjalankan urusan pekerjaan.
Mazdi yang menyembunyikan diri bagaimanapun berjaya ditangkap sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu di sekitar daerah ini empat hari kemudian.

Comments
Post a Comment