Di hadapan sejumlah tetamu, Cyrus mengaku dia ‘kaki lalok’ semasa
dihadiahkan sebiji kek yang dihiasi imej legenda muzik reggae, Bob
Marley.
Majlis berkenaan dihoskan oleh rakannya, Kelly Osbourne, 27, di Hotel Roosevelt di sini pada Selasa lepas.
“Anda tahu anda ‘kaki lalok’ apabila rakan-rakan anda menghadiahkan kek Bob Marley buat anda,” kata Cyrus.
“Ia membuatkan anda sedar bahawa anda menghisap terlalu banyak ganja,” tambahnya.
Klip video berkenaan diperoleh akhbar MailOnline.
Namun, Osbourne kemudian menulis di akaun Twitternya bahawa pengakuan tersebut cuma satu jenaka.
“Bagaimana dia (Cyrus) boleh bekerja keras sehingga berjaya jika dia
seorang penagih ganja dan ‘kaki lalok’,” kata Osbourne dalam komen di
akaun Twitternya.
Cyrus melonjak popular selepas membintangi siri komedi terbitan Walt Disney, Hannah Montana.
Bob Marley merupakan penyanyi, pemuzik dan pencipta lagu irama rege
dari Jamaica. Dia menghisap ganja kerana mengamalkan ajaran agama yang
dianuti penduduk Jamaica dikenali sebagai Rastafarian.- Agensi
sumber: kosmo.com.my
Comments
Post a Comment