MELAKA: “Melihat tubuhnya lembik dengan air liur meleleh, saya
mengerah kudrat mengangkatnya keluar dari situ (takungan air) biarpun
pada awalnya saya juga tidak bermaya kerana turut disambar renjatan
(elektrik) sebelum memangkunya di atas jalan.”
Begitu cerita Massari Muhammad, 35, bapa Mariam Najwa, 9, yang
meninggal dunia dipercayai terkena renjatan elektrik ketika bermain
dalam takungan air berhampiran tiang elektrik kira-kira 20 meter di
depan rumahnya.
Dalam kejadian jam 1 tengah hari semalam di Kampung Gedung Lalang,
Bukit Rambai, murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Rambai
berkenaan bersama adiknya, Muiz Asyraf, 3, bermain di tempat air
bertakung itu sebelum rebah dipercayai terkena renjatan elektrik.
Massari berkata, dia mengetahui insiden malang menimpa anak perempuan tunggalnya itu selepas dimaklumkan jiran yang melihat anaknya terbaring dalam air.
Massari berkata, dia mengetahui insiden malang menimpa anak perempuan tunggalnya itu selepas dimaklumkan jiran yang melihat anaknya terbaring dalam air.
-metro-
Comments
Post a Comment