Mati tak mengenal masa dan tempat.
Bila masanya dah tiba, kita dah tak sempat nak buat apa-apa. Jadi, beringatlah
sentiasa..
Kaki pancing mati dalam sampan
Oleh KHAIRUL
NAJIB ASARULAH KHAN
TELOK KEMANG
30 Mei - Seorang pesara Jabatan Kerja Raya (JKR) tetap meneruskan hobi
memancing di sekitar Sungai Linggi dekat sini walaupun menyedari dia menghidap
sakit jantung yang memerlukan menjalani rawatan di Institut Jantung Negara
(IJN).
Bagaimanapun,
malang tidak berbau apabila pesara berkenaan, S. Soosai, 69, ditemui mati di
dalam sampannya di Jeti Pengkalan Kempas di sini kelmarin.
Mangsa
ditemui dalam keadaan terduduk di dalam sampan oleh seorang nelayan kira-kira
pukul 6.50 petang. Ketika ditemui pesara itu turut membawa bersama hasil
tangkapan udang.
Anaknya, S.
Geoffrey, 45, berkata, bapanya dipercayai telah mematikan enjin sampan yang
sudah memasuki kawasan jeti tetapi tidak sempat untuk mengikatnya.
Menurut
beliau, bapanya keluar dari rumah mereka di Pasir Panjang kira-kira pukul 3
petang untuk pergi memancing.
"Ayah
suka memancing dan aktiviti itu kerap dilakukannya sejak beliau bersara. Dia
menghidap sakit jantung dan kali terakhir menjalani rawatan pada bulan lalu dan
temu janji yang berikutnya pada Ogos depan," katanya ketika ditemui di
Bilik Mayat Hospital Port Dickson hari ini.
Ketua Polis
Daerah, Supritendan Abd. Wahab Harun ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
-sumber:Utusan
Comments
Post a Comment