Disediakan
oleh: Yang tertanya-tanya
Tahniah
pada yang bakal menerima skrol pada konvo UiTM minggu ni. Untuk pengetahuan
semua, YTT pun salah seorang alumni UiTM. Jadi bila tengok adik2 excited nak
konvo ni, YTT tumpangla sekaki.
Apapun,
adik-adik kenalah prepare awal-awal apa yang perlu dibawa, apa yang perlu
disetelkan. Ingat tatatertib pemakaian. Yang siswi better pakai baju kurung,
heels jangan lupa. JAngan pakai selipar, tak pasal-pasal kena halau.
Siswa
pula lebih baiklah kalau pakai kemeja, tuck-in dalam seluar. PAstikah kemas.
Tie tak pasti perlu atau tak, tapi better pakaila, baru nampak smart. KAsut
kena sesuai, selipar jepun atau sandal?Nooo...jangan sekali.
Ini
etika pemakaian kalau ikut yang sebenar-benarnya:
Pakaian
Graduan Lelaki:-
1) Jubah akademik graduan (disediakan oleh
pihak Universiti).
2)
Sepasang Baju Melayu hitam berbutang lima dan bersamping songket hitam berbunga
benang emas dan dipakai tanpa menggunakan bengkung, atau
3) Lounge suit termasuk seluar berwarna hitam
, atau
4) Baju kemeja berlengan panjang berwarna bebas
serta bertali leher dan berseluar panjang berwarna hitam .
5) Kasut kulit hitam dan stokin hitam.
#Songkok
tidak diperlukan
Pakaian
Graduan Perempuan:-
1) Jubah akademik graduan (disediakan oleh pihak
Universiti).
2) Baju kurung moden/ labuh atau kebaya bandung/
labuh. Graduan yang mengandung boleh memakai pakaian yang bersesuaian.
3)
Sarung Kebaya tanpa menggunakan belah (slit) di tepi tetapi boleh memakai
lipatan (pleat) di bahagian hadapan.
4) Kain jenis ‘lace’ boleh dipakai dengan
syarat ada ‘lining’.
5) Selendang/ Mini Telekung boleh dipakai jika
mahu.
6) Warna pakaian adalah pilihan sendiri.
7) Kasut bertumit sekurang-kurangnya 1.5 inci
tinggi.
8) Sekiranya memakai sarung tangan, sila
pastikan ianya dipakai dikedua-dua belah tangan dengan warna hitam ataupun
mengikut warna kulit.
#Pakaian fesyen berseluar tidak dibenarkan sama sekali.
#Pakaian gaun atau ‘skirt’ melebihi paras
lutut, ‘blouse’ tanpa lengan, kemeja-T, kain pario dan seluar adalah TIDAK
DIBENARKAN
Pakaian Tetamu Lelaki
1) Kebangsaan, Batik, atau
2) Lounge Suit, atauPakaian Rasmi yang
sesuai (Seluar Jeans dan Kemeja-T TIDAK DIBENARKAN).
Pakaian
Tetamu Wanita:-
1) Kebangsaan atau
2) Pakaian Rasmi atau pakaian sopan ( pakaian gaun atau
‘skirt’ melebihi paras lutut, ‘blouse’ tanpa lengan, kemeja-T, dan seluar
adalah TIDAK DIBENARKAN)
Pastikan
semua hutang langsai(PTPTN takpe). Check hutang library, hutang pengajian, dan
hutang konvo. TAk setel tak boleh konvo dik oii..
Jubah
dah ambik?Rasanya sabtu lepas dah boleh start ambik. Alert dengan SMS dari
pihak konvo. MAna tau ada info penting nak diberitahu.
Pesan
pada parents, better sampai awal. Mungkin penat beratur, tapi berbaloi kalau
dapat masuk dewan. Tapi rasanya dewan baru lebih best kot! Dewan lama dulu(DSB)
tak boleh muatkan semua ibubapa, tapi dewan ni dengarnya boleh muat kot.
Apapun, preparation kena lebih awal.
Pada
yang datang dari jauh, cari kawasan penginapan berhampiran dengan UiTM. Area tu
selalu jugak jem, especially time konvo. Bunga?haDIAH?kalau kalian jenis yang
tak kisah dengan harga, biasanya hari konvo tu kalian akan nampak orang jual
bunga+hadiah dekat dengan UiTM atau dalam kawasan uitm.
Kalau
nak jimat sikit, better beli dekat kedai cenderahati betul atau buat sendiri.
Terpulang pada citarasa masing-masing. Oklah, nak buat sequal dua pasal
konvo...
Kasut siswi kena bertutup ke?
ReplyDelete