Mesej:
Kisah benar dari US . Banyak kisah-kisah aneh yang menakjubkan sebegini telah
berlaku. Moga kita boleh ambil iktibar.
Seorang
wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US, memakai tudung dan memiliki
akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini
dalam perjalanan balik kerumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil
jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak
banyak orang yang lalu lalang pada masa itu. Maklumlah, hari sudah lewat malam.
Berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa
takut berjalan berseorangan.
Tiba-tiba dia
nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi
lorong itu. Dia mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang saudari kita ni
boleh buat adalah berdoa kehadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia
baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat
itu.Masa dia melepasi lelaki yang bersandar itu, dia
sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat
tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.
Keesokkan
paginya, saudari ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol
oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia lalui semalam
hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar
lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu. Atas rasa
tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat
mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis
dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.
Tapi
perempuan Muslim ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa
ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi
lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Muslimah ini nak tahu sangat
sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi
sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).
Dia pun tanya
perogol itu "Why don't you do anything to me on that night even though you
know that I'm alone?" Perogol tu jawab:
"No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you.
One on your right side and the other one was by your left side. If you were
alone of course you will be my victim."
Saudari ni
rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat
Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia
baca malam itu.
Comments
Post a Comment