-SUMBER: Sinar Harian-
GAZA
- Kerajaan Israel hari ini menyerahkan jenazah 91 rakyat Palestin yang terbunuh
dalam serangan, melibatkan satu tempoh lebih empat dekad lalu, ke atas rejim
Yahudi.
Ia
antara lain dipercayai ada kaitan dengan mogok lapar yang diadakan oleh tahanan
Palestin.
Jenazah-jenazah
yang dikebumikan di beberapa kawasan tanah perkuburan Israel, tiba di Tebing
Barat dan Gaza awal hari ini, demikian menurut laporan Pihak Berkuasa, Wafa.
Tujuh
puluh sembilan jenazah diserahkan kepada pihak berkuasa Palestin di Ramallah,
Tebing Barat pada satu majlis rasmi tentera, yang turut dihadiri Presiden
Mahmoud Abbas.
Baki
12 jenazah pula diserakan kepada keluarga masing-masing di Gaza.
Jenazah
yang dipulangkan itu termasuklah tujuh rakyat Palestin yang terlibat dalam
serangan ke atas hotel The Savoy di Tel Aviv pada 1975.
Beberapa
keluarga menuntut ujian DNA bagi memastikan kesahihan identiti anggota keluarga
yang dikatakan telah meninggal dunia.
Jurucakap
kerajaan Israel, Mark Regev berkata, langkah memulangkan jenazah-jenazah itu
sebahagian daripada proses membina keyakinan bagi membolehkan proses
perundingan damai kembali dihidupkan.
"Israel
bersedia untuk memulihkan perundingan dengan segera tanpa sebarang
syarat," katanya dalam satu kenyataan.
#Alhamdulillah..semoga roh mereka terus naik ke langit ke 7..Amin..Insya Allah janji syurga..
Comments
Post a Comment