Kes pembunuhan Salbiah Yeop Abdul Rahman di
Pulau Pinang
Kes ini cukup menggemparkan negara satu ketika dulu. Ia berlaku pada
15 November 1980 ini kerana suspek kes itu adalah pegawai polis sendiri,
Inspektor Saderi Abdul Samat yang ketika itu baru berusia 24 tahun
Menurut Fauzi, mayat Salbiah yang juga seorang pekerja kilang ditemui
dalam keadaan hampir reput dan setelah disiasat, pihaknya mendapat tahu
arwah adalah kekasih Saderi tetapi ketika itu Saderi sudah pun bertunang dengan seorang wanita lain, Rubiah Tijan. Setelah soal siasat dibuat ke atas Saderi, pegawai polis itu mengaku
telah menghamilkan Salbiah namun suspek berkata, bukan dia yang membunuh
mangsa sebaliknya mangsa yang membunuh diri kerana malu dengan keadaan
dirinya yang telah berbadan dua.
Menurut Saderi, dia terkejut bila balik ke rumahnya di Mes Pegawai
Polis apabila menemui mangsa yang telah tergantung dengan leher yang
terjerut. Kerana bimbang dituduh membunuh Salbiah, Saderi telah menggunakan
sebilah gunting untuk memotong tali nylon yang menjerut leher Salbiah
untuk menurunkan mayat kekasihnya itu. Saderi kemudian membawa mayat itu dan diletakkan di tempat duduk
penumpang depan kereta yang dipinjam daripada rakannya, Inspektor Che
Ibrahim Che Muda sebelum membuang mangsa di sebuah lurah bukit
Tetapi semasa perbicaraan di mahkamah, ahli kimia, Hoong Seng Hong,
dalam keterangannya pula menyatakan adalah mustahil untuk tubuh manusia
seberat lebih 45 kilogram boleh tergantung pada paku yang patah pada
alang dalam bilik air berkenaan. Katanya, ujian yang dijalankan mendapati paku terbabit patah akibat
ketukan biasa dan membengkok dan bukannya akibat menggantungkan objek
seberat 45 kilogram.
Menurutnya, ujian yang dilakukan mendapati paku yang diketuk pada
alang terbabit tidak berupaya menahan beban dan menjadi bengkok serta
merta sebaik diletakkan beban seguni pasir seberat 45 kilogram. ujian itu membabitkan penggunaan tiga batang paku sepanjang lima sentimeter setiap satu dengan ketebalan 2.7 milimeter. Kayu pada alang itu juga keras dan memerlukan kekuatan untuk memakunya ketika dia memaku kira-kira dua sentimeter.
“Daripada ujian yang saya lakukan, ianya tidak boleh berlaku. Ia tidak mungkin,” kata ahli kimia itu
Akhir sekali bicara punya bicara, Saderi didapati bersalah dan
mahkamah berpendapat teori bunuh diri itu hanya helah Saderi untuk
mengelak daripada tuduhan membunuh tersebut.
Saderi akhirnya digantung sampai mati pada tahun 1984
Menariknya kes ini, sampai ke sudah tiada saksi yang boleh dikaitkan
dengan pembunuhan tersebut, tali yang dikatakan menjerut leher Salbiah
juga sampai ke sudah tidak ditemui mahkamah hanya menjatuhkan hukuman itu berdasarkan circumstantial
evidence (bukti situasi) dan keterangan post mortem yang mengatakan
Salbiah mati disebabkan “strangulation and not hanging.”
Lebih pelik, sampai saat
akhir pun, Saderi masih tak mengaku membunuh Salbiah, dia tetap
mengatakan yang Salbiah sendiri yang membunuh diri!
bleh sya thu dimana saderi di kebumikan
ReplyDeleteMaaf, saya tak tahu maklumat lanjut tentang itu..
DeleteArwah adlah pakcik sy.org pasir panjg selangor..kuburnya d pasir panjg..
DeleteTeruma kasih untuk maklumat..
ReplyDelete