PARIS – Satu lelongan akan diadakan pada 21 Mei depan bagi menjual sebuah perkampungan terbiar di Perancis .
Kampung
Saint Nicolas Courbefy yang terletak sekitar 450 kilometer ke barat
daya ibu kota Perancis itu dirampas bank tempatan, Credit Agricole awal
bulan ini selepas pemilik-pemiliknya gagal membayar ansuran bulanan
mereka.
Terdiri
daripada beberapa bangunan terbiar, sebuah kandang kuda, gelanggang
tenis dan kolam renang, ia dahulunya merupakan sebuah pusat peranginan
yang turut mengandungi hotel mewah, kolam renang dan restoran.
Peguam
Credit Agricole, Paul Gerardin kelmarin memberitahu, lelongan akan
diadakan ekoran cuma seorang pembeli yang melahirkan minat membeli
kampung itu.
Menurut
Gerardin, setakat ini pejabatnya menerima lebih 100 panggilan termasuk
dari China dan Qatar untuk menyertai lelongan berkenaan.
Namun
katanya, pembeli yang berminat perlu menyerahkan deposit harga
permulaan sebanyak 330,000 euro (RM1.3 juta) untuk menyertai lelongan
itu. – Agensi
Comments
Post a Comment