Ha, yang ni YTT setuju.
Selain laman social, blog dengan website pon jangan disalahgunakan. Tak elok
jatuhkan orang lain. Jauhkan diri dari hasad dengki! Maklumat yang ada,
sampaikan yang betul sahaja. Kalau tak sah, jangan pandai-pandai sebarkan. Buat
dosa je.
Jangan salah
guna laman sosial
MELAKA
29 Mei - Pengendali laman sosial seperti Facebook dan Twitter diminta lebih
bertanggungjawab dalam menyampaikan maklumat tepat dan bukan merosakkan
nilai-nilai kemanusiaan.
Ketua
Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, peranan mereka amat penting dalam
membimbing pemikiran orang ramai dan tidak menyalahgunakan laman sosial
tersebut untuk menyebarkan maklumat tidak benar.
"Pengamal
media sosial terutama penulis blog diharap dapat membantu kerajaan dalam
menyebarkan maklumat tepat kepada rakyat terutama generasi muda.
''Lebih
penting jangan sebar maklumat boleh mencetuskan rasa tidak puas hati rakyat
terhadap kerajaan" katanya berucap kepada 350 pelajar Kolej Antarabangsa
Yayasan Melaka (KAYM) pada Program Sesi Kopi Tarik Bersama Ketua Menteri di
kampus induk Bukir Sebukor, baru-baru ini.
Program
anjuran KAYM itu mendapat kerjasama Bahagian Perkhidmatan Teknologi Maklumat
(BPTM), Jabatan Ketua Menteri.
Turut
hadir, Ketua Eksekutif KAYM, Datuk Saroni Judi, Pengarah Bahagian Perkhidmatan
Teknologi Maklumat (BPTM) Jabatan Ketua Menteri, Dr. Mohamed Sulaiman Sultan
Suhaibudden, Pengurus Unit Siber, Danny Yin Yew Kuan dan Pendaftar KAYM,
Aminalrashid Hussain.
Sehubungan
itu, Mohd. Ali mahu setiap pengendali laman sosial tersebut memiliki
tanggungjawab dan cakna dalam sajian berita, isu serta idea.
Program
tersebut turut dimeriahkan lagi dengan sesi soal jawab bersama Ketua Menteri
dengan beberapa pelajar KAYM yang memberi cadangan mahupun pendapat mengenai
keperluan pengguna Melaka, aktiviti yang akan dianjurkan institusi pengajian
tinggi dan kemudahan diperlukan pelajar.
Bagi
pelajar KAYM, peluang bersama Ketua Menteri itu amat bermakna selain bertujuan
membina, membantu dan memupuk minat pelajar dalam memberi sumbangan idea dan
fikiran dalam merealisasikan hasrat kerajaan negeri ke arah mencapai tahap
lebih gemilang dan terbilang.
Comments
Post a Comment