Seorang anak memberitahu bapanya
pandangan matanya yang kadangkala ok dan kadangkala gelap setiap kali dia
keluar menghantar barang pada waktu malam. Bimbangkan keselamatan dan kesihatan
mata anaknya, si bapa membawanya berjumpa doktor.
Si Bapa: Doktor, anak saya mengadu
kadang-kadang mata dia tak nampak bila bawak kereta waktu malam. Mungkinkah
matanya ada masalah?
Si doktor lalu memeriksa mata si
anak. Namun tiada apa-apa masalah yang di dapati. Doktor tersebut adalah peminat
setia cerita Initial D.
Doktor: Maaf encik. Mata anak encik
sangat sihat. Malah matanya lebih sihat daripada mata encik. Mungkin ada
perkara lain yang terjadi?
Si ayah: Maksud encik?
Doktor: Mungkin dia membawa kereta
terlalu laju, hinggakan keadaan sekeliling menjadi kabur akibat terlalu laju?
Si ayah: Saya tak pasti tentang itu. Nanti saya panggil dia.
Si ayah memanggil anaknya berjumpa
doktor. Dia lantas bertanya kepada si anak.
Si Ayah: Amad, kamu bawak kereta
laju ke?
Si Anak: Laju jugak. Kenapa?
Doktor:Ha, mungkin itu sebabnya
pandangan kamu menjadi kabur. Berapa km/j kamu bawak kereta biasanya?
Si doktor berfikir bahawa dia
mungkin boleh melihat adegan Initial D di Malaysia.
Si Anak: Saya bawak kereta biasanya 40km/j.
Si doktor terkejut mendengar pengakuan
budak lelaki itu.
Doktor: hah, 40km/j je??Kenapa kamu
kata laju bila saya tanya??
Si Anak: Yelah, bukan senang nak
bawak kereta sorong 40km/j! Di kampung, sayalah juara!
Si doktor pengsan mendengar
pengakuan si anak.
Si ayah memarahi anaknya kerana
membuat si doktor pengsan. Si anak lantas memakai cermin mata hitamnya dan
keluar dari bilik tersebut.
Dia kemudiannya menjerit, “Ayah, hari dah nak
hujan!” sedangkan mereka berada di dalam hospital.
Kesimpulannya??pikirla sendiri ye..
Comments
Post a Comment