Ibu muda
tinggal nota dalam Facebook sebelum bunuh diri
DETROIT:
Sejurus sebelum membunuh diri, seorang ibu muda memuat naik gambarnya dalam
keadaan menyeramkan di Facebook.
Berasal dari
Michigan, Cynthia Lee, 23, bergambar bersama rakannya yang memegang sabit dalam
gambar sempena Halloween.
Mereka
digambarkan berlumuran darah dalam gambar berkenaan.
Kata Cynthia,
kesedihan akibat kematian ibunya terlalu berat untuk ditanggung.
Dia
menamatkan nota bunuh diri itu dengan berkata: “Mak, saya datang.” Ibu Cynthia
mati pada 2007 ketika baru berusia 35 tahun.
Cynthia juga
dikatakan tertekan apabila teman lelakinya, Ryan Jason Hardwick, ditangkap
pihak berkuasa baru-baru ini.
Sementara
itu, polis berkata, Cynthia menembak dirinya sejurus selepas mengemas kini statusnya
dalam Facebook di rumah datuknya, ketika ahli keluarganya ada di situ. – DM
Comments
Post a Comment