SHAH
ALAM – Polis semalam mendedahkan pembunuhan seorang remaja perempuan
yang mayatnya ditemui dengan kesan terbakar hampir 80 peratus di dalam
semak berhampiran loji kumbahan di Jalan Bukit Belacan 5 September lalu
berikutan keengganannya untuk melakukan hubungan seks.
Menurut
polis, akibat penolakan tersebut, teman lelaki mangsa yang juga suspek
dalam kes itu disyaki cuba memperkosa remaja berkenaan. Suspek merupakan
seorang pelajar institut pengajian tinggi awam berusia 19 tahun dari
Ukay Perdana, Ampang.
Pelajar
tahun dua Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan itu ditahan pada pukul 12
tengah hari, 12 September lalu di Seri Iskandar, Perak.
Ketika
ditahan, polis merampas sebuah telefon bimbit milik mangsa dan sebuah
kereta jenis Perodua Kancil milik keluarga suspek yang didapati
mempunyai keterangan-keterangan fizikal seperti rambut yang diyakini ada
hubung kait dengan kes bunuh itu.
Siasatan
awal ketika itu mendapati, suspek membeli petrol di dua buah stesen
minyak di kawasan Ampang Jaya untuk membakar mangsa.
Mangsa dikenali sebagai Nurul Awatif Syakir, 19. Dia merupakan pelajar Maahad Tahfiz Al-Tijarah, Selayang, Gombak.
Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin
berkata, siasatan pihaknya setakat ini mendapati suspek dikatakan
mengambil tindakan drastik untuk membunuh mangsa selepas berang apabila
permintaannya ditolak.
Katanya,
polis juga telah mendapatkan laporan penuh bedah siasat ke atas mangsa
tetapi enggan mendedahkannya sehingga siasatan selesai.
“Sehubungan
itu, permohonan kita untuk melanjutkan tempoh reman ke atas suspek
telah dibenarkan sehingga 27 September ini bagi membantu polis
menjalankan siasatan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan
Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini semalam.
Baru-baru
ini Kosmo! melaporkan, mayat seorang remaja perempuan ditemui
berhampiran loji itu pada 5 September lalu dengan kesan terbakar hampir
80 peratus badannya pukul 1.35 petang.
Sebelum
itu, ahli keluarga mangsa membuat laporan mengatakan mangsa tidak
pulang selepas keluar pada pukul 8.30 malam sehari sebelum itu dan
pengecaman dibuat berdasarkan cebisan baju kurung serta sepasang
anting-anting.
kosmo
Comments
Post a Comment