Kata
orang, guru ibarat lilin. Mereka sanggup membakar diri demi mencurahkan bakti
kepada anak-anak kecil yang bakal jadi pemimpin masa depan. Namun jika beginilah contoh yang diberikan, tak mustahil
pelajar-pelajar turut belajar sesuatu yang tidak sepatutnya.
JAngan
tanya kenapa pelajar rosak, sebelum bertanya, apa yang guru buat untuk
mengelakkan pelajar rosak. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Dek
kerana segelintir guru yang bersikap buruk begini, guru-guru lain yang tekun
berusaha membina masa depan anak-anak muridnya, turut terpalit dengan
kekotoran.
Guru
miang melampau
KUALA LUMPUR: Seorang
guru wanita kini trauma dan mengalami tekanan perasaan serius sehingga mahu
membunuh diri selepas mendakwa mengalami gangguan seksual serta dicabul guru
lelaki di sekolahnya di sekitar Bangsar, di sini.
Gangguan seksual itu
didakwa berlarutan sejak lebih tiga tahun lalu dan guru lelaki berusia 50-an
yang bercucu itu pernah meluahkan perasaan cinta kepada mangsa.
Guru berkenaan yang mahu
dikenali sebagai Ayu, 32, berkata, kemuncak gangguan itu ialah pada 30 April
lalu apabila guru lelaki terbabit memegang kemaluannya selepas sering
menghantar SMS lucah kepadanya.
“Saya mengalami tekanan
seperti mahu membunuh diri. Tiada siapa yang menghulurkan tangan membantu
menyelesaikan masalah, sebaliknya menuding jari kepada saya seperti saya pula
yang bersalah.
“Sedangkan lelaki yang
melakukan pencabulan ke atas saya tidak dikenakan sebarang tindakan. Setiap
hari di sekolah saya perlu berdepan dengan lelaki miang itu menyebabkan saya
mengalami tekanan perasaan teruk,” katanya ketika ditemui Harian Metro.
Comments
Post a Comment