Sebagai wanita, kita biasanya akan mengambil berat dengan penampilan dan bentuk badan. Apabila tubuh terasa makin bulat, kebanyakan kita mula melatah dan berasa rendah diri. Adakalanya, kita akan mengambil keputusan drastik untuk berdiet bagi mendapatkan kembali tubuh badan idaman.
Bagaimanapun, ramai di antara kita yang menyalahtafsirkan diet sebagai tidak perlu makan. mereka sanggup berlapar, atau sekadar menjamah sedikit makanan untuk kembali kurus. Akhirnya, mereka mendapat pelbagai penyakit seperti gastrik dan aneroxia.
Untuk mengekalkan
badan yang sihat dan menarik, kita sebenarnya hanya perlu mengekalkan berat badan yang sesuai
dengan ketinggian anda. Ia boleh diukur menggunakan pengiraan Body Mass Index(BMI).
BAgaimana kita boleh mengira BMI?
Caranya mudah sahaja. Kita hanya perlu mengira = berat tubuh badan(kg)
ketinggian(m)xKetinggian(m)
ketinggian(m)xKetinggian(m)
Contoh : berat=55 kg, ketinggian=1.56 m
Mula-mula, 1.56 x 1.56 = 2.4336
Kemudian, 55 bahagi 2.4336 = 22.6
Jadi BMI anda = 22.6
Sekiranya BMI anda :
Mula-mula, 1.56 x 1.56 = 2.4336
Kemudian, 55 bahagi 2.4336 = 22.6
Jadi BMI anda = 22.6
Sekiranya BMI anda :
* Kurang
daripada 20, berat badan anda adalah berkurangan
* 20 hingga
24.9, berat badan anda adalah normal
* 25 hingga
29.9, berat badan anda mulai berlebihan
* 30 dan
keatas, anda adalah obesiti
Berat bad an berlebihan biasanya disebabkan oleh keturunan, pengambilan makanan berkolestrol secara berlebihan atau kurangnya senaman. Jadi, kalau anda mahu badan yang cantik, anda tidak perlu bersusah payah menyiksa diri untuk berlapar atau membeli ubat kurus nanti. Anda hanya perlu bersenam dan kawal pemakanan anda.

Comments
Post a Comment