TERNYATA
bayaran $15 juta (RM47.48 juta) untuk satu musim The X- Factor masih belum
cukup untuk membuatkan seorang artis diva menerima arahan. Terbaru Britney
Spears dikatakan dengan sengaja meninggalkan tempat duduk juri semasa beberapa
peserta masih lagi di pentas.
Spears
dikatakan meninggalkan kerusi juri secara tiba-tiba kerana tidak tahan
mendengar komen negatif yang dilemparkan penonton program kepada dirinya
selepas memberikan pendapat kepada peserta.
Percaya
kemunculan Spears mampu memberikan perubahan buat program realiti ini, pihak
produksi juga khabarnya hanya akan terus melayan apa juga kerenah ibu muda ini.
Menurut
beberapa sumber, diva itu juga berhak mengambil waktu rehat pada bila-bila masa
sahaja sepanjang waktu program tersebut dan percaya itu merupakan harga yang
perlu di bayar produksi kerana mahukan dirinya. Bagaimanapun Spears yang
menyangkal hal ini melalui Twitter baru-baru ini memberitahu ia adalah satu
salah faham.
Juri
bersama rancangan tersebut, Simon Cowell turut menolak khabar angin itu dan
memberitahu perkara sebenar yang berlaku.
“Tidak
ada sesiapa yang meninggalkan set. Setiap kali persembahan masuk lagu ke lima
atau enam kami akan diberi rehat untuk merokok atau ke tandas. Jadi, dia bukan
pergi begitu sahaja," katanya.
#kalau YTT pun YTT lari. Mana tahan dimalukan macam tu. Orang baru je nak bina balik hidup, dah di caci dihina. Kalau dia buat bali perangai lama macam mana?
sumber:Utusan
sumber:Utusan
Comments
Post a Comment