Bolasepak Malaysia ke Olimpik

Tahukan anda bahawa Pasukan bolasepak Malaysia pernah beraksi di pentas dunia bersama gergasi-gergasi bolasepak di Sukan Olimpik 1972 yang diadakan di Munich, Jerman. 3 pasukan dari Asia yang layak ketika itu ialah Iran, Burma (Myammar) dan Malaysia.

Pusingan Kelayakan

Malaysia di sambut bagai wira setelah melayakkan diri ke pusingan akhir olimpik 1972 tersebut. Malaysia. Malaysia melayakkan diri setelah menjadi juara kumpulan Asia Timur di pusingan kelayakan yang berlangsung di Seoul, Korea Selatan. Turut berada di dalam satu kumpulan ialah pasukan Jepun, Korea Selatan, Taiwan dan Filipina. Malaysia ketika itu di latih oleh Dave McLaren jurulatih dari England dan pengurus pasukan ialah Datuk Harun Idris.

Pada perlawanan pertama, Malaysia berjaya menumpaskan Jepun dengan 2-0. Dengan menggunakan sistem 4-2-4 dan keadaan padang yang basah Syed Ahmad dan Loon Teck menjadi wira Malaysia walaupun ketika itu Jepun dibarisi oleh penyerang terbaik Asia iaitu Ruici Sugiyama dan Kunishige Kamamoto.

Selepas itu selang 2 hari, Korea Selatan menjadi mangsa kedua Malaysia dengan gol tunggal perlawanan iaitu tandukan dari Syed Azman. Beliau mengagak dan menanduk kemas ke jaring hasil hantaran dari Loon Teck pada minit ke 51.


Gambar-gambar ketika pasukan Malaysia bertemu Korea Selatan.

Taiwan di tumpaskan dengan jaringan 3-0 hasil dua jaringan Loon Teck dan Salleh Ibrahim. "Hanya takdir yang boleh menghalang Malaysia layak ke Olimpik" begitulah antara tajuk akhbar di Seoul ketika mengulas peluang pasukan negara mereka iaitu Korea Selatan. Ini di sebabkan Malaysia hanya perlu seri bertemu dengan pasukan paling lemah di dalam kumpulan iaitu Filipina. Filipina ditewaskan dengan jaringan 6 gol tanpa balas. Malaysia menjaringkan 5 gol dalam masa 30 minit permainan bermula dengan jaringan dilakukan oleh Loon Teck, Woong Choon, Syed Azman dan Mohamad Bakar.

Akhbar di Seoul menamakan Syed Azman, M Chandran dan Wong Kam Fook sebagai 3 pemain terbaik sepanjang kejohanan itu berlangsung. Malaysia menamatkan kelayakan dengan 12 jaringan dan tidak langsung dibolosi. Malang sekali Syed Azman tidak barmain di pusingan terakhir di Munich Jerman atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Gambar-gambar di bawah membuktikan betapa meriahnya sambutan menyambut kepulangan wira-wira bola kita ketika itu.




Keratan akhbar berkenaan peristiwa bersejarah tersebut

Olimpik Munich 1972


Malaysia di letakkan di dalam satu kumpulan iaitu kumpulan 1 bersama Jerman Barat, USA dan Morocco. Pasukan Malaysia kendalian Jalil Che Din di iringi oleh seekor harimau yang diberi nama sebagai tuah II sebagai maskot pemberi semangat pemain-pemain negara. Bagaimanapun setelah kejohanan selesai Tuah telah didermakan kepada zoo munich sebagai tanda persahabatan.

Pasukan negara bersama maskot Malaysia Tuah II di Zoo Negara



Pasukan Malaysia bergambar kenangan di King's Square di Munich Jerman Barat ketika kejohanan berlangsung.


Senarai pasukan Malaysia yang beraksi di Munich, Jerman.

Malaysia memulakan langkah kiri dengan kekalahan 3-0 di tangan Jerman Barat sewaktu perlawanan pembukaan di Olimpik 1972. Malaysia memberi tentangan yang sengit dengan hanya di bolosi pada separuh masa kedua.

 
Malaysia ketika menentang Jerman Barat

Keputusan penuh perlawanan antara Malaysia dan Jerman Barat



Malaysia vs Jerman Barat 1972
Pada perlawanan kedua, Malaysia berjaya mengalahkan USA dengan jaringan 3–0 dengan hasil jaringan Abdullah Shaharudin min-14, Ibrahim Salleh min-67 dan Wan Zawawi min-77.

Add Image
Keputusan penuh perlawanan Malaysia dan USA

Ketika kemenangan keatas USA menjadi pembakar semangat untuk bertemu Morocco sebaliknya Malaysia lesu ditangan Morocco. Malaysia dibelasah 6 gol tanpa balas. Malaysia dibolosi sebanyak 4 gol pada separuh masa pertama.

 
Pasukan Morocco ketika bertemu Malaysia

Keputusan penuh perlawanan dengan Morocco

Keputusan penuh kumpulan A dengan Malaysia berada ditangga ketiga


Comments

  1. ko pakai surat khabar pe

    ReplyDelete
  2. Dah lupa yang saya pernah menulis kisah bolasepak Malaysia..bila tengok ola bola, rasa bersemangat untuk menonton kembali perlawanan bolasepak Malaysia..

    ReplyDelete

Post a Comment