Khas untuk mak bapak
yang tak tahu nak bawak anak dia pergi mana, dan untuk kanak-kanak yang tengah
cuti sekolah ni…Jom, BOBOIBOY!!
Karnival
Boboiboy di taman tema air
MELAKA: Cuti penggal
persekolahan menjadi lebih bermakna bagi golongan kanak-kanak ketika berkunjung
ke Taman Tema Air dan Resort Melaka Wonderland, Ayer Keroh bersama keluarga
kerana berpeluang melihat lebih dekat lagi watak animasi kegemaran mereka yang
cukup popular masa kini, Boboiboy yang dibawa khas ke taman tema terbabit.
Pengurus Besarnya, Seow
Cheng Swee berkata, ia kali pertama Boboiboy mengadakan karnival di Taman Tema
Air dan Resort Melaka Wonderland di Ayer Keroh, di sini.
Menurutnya, pelbagai
acara diadakan sempena Karnival Boboiboy membabitkan permainan dan pertunjukan
yang mampu merangsang aktiviti sihat di kalangan ahli keluarga selain memberi
sokongan terhadap animasi tempatan.
Beliau berkata, ia pasti
menyeronokkan bagi kanak-kanak yang berkunjung ke taman tema berkenaan
khususnya ketika berlangsungnya Karnival Boboiboy dari 2 Jun hingga 4 Jun ini
yang menyediakan pelbagai aktiviti di pentas utama termasuk ruang tertentu
dalam taman tema berkenaan.
Katanya, antara aktiviti
menarik sempena karnival Boboiboy membabitkan tarian senaman bersama Boboiboy
dan Yaya di pentas utama, pertandingan mewarna Boboiboy (booth Boboiboy), teka
silangkata gergasi Boboiboy (Giant Puzzle Boboiboy), kuiz sukan Boboiboy dan
banyak lagi.
“Acara bermula dari jam
9.15 pagi hingga 6 petang manakala aktiviti dan permainan dikendalikan
Boboiboy.
Menurutnya, orang ramai
boleh membuat pendaftaran untuk menyertai semua aktiviti Boboiboy di booth
Boboiboy disediakan.
-sumber: Metro
Comments
Post a Comment