BEING IN LOVE IS HARD…
BROKEN HEART IS HARDER…
Ramai yg tanya, kenapalah insan dipanggil “saya” ni tak kahwin-kahwin lagi
walaupun umur dah mencecah suku abad. Malah, si kecil sefia pun asyik tanya,
“cik chik, bila cik chik nak kawen?”
Aduyai, soalan cepumas betul! Insan yang dipanggil saya hanya mampu
menggarukan kepala yang sememangnya gatal akibat kelemumur.
Bagi saya, umur 25 ni bukanlah tua sangat sebenarnya. Tipu sangat la kalau
saya katakan tak terdetik rasa nak kawen! Pembohong namanya tu! Apalagi bila
tengok kakak yang sangat gembira dengan suami dan anak tersayang, serta adik dan
pakwe yang sangat loving couple. Sape tak nak beb!
Bak kata orang, jodoh, ajal maut semua kat tangan Tuhan. Mungkin belum
masanya, siapa tahu? Atau mungkin memang jodoh si “saya”ni memang dah tak ada
di dunia?Paling2 dapat bidadara kat syurga, itupun kalau dapat masuk kan?
Si "saya" ni dah suruh mak carikan calon. Tapi mak kata, carik sendiri mak tak
nak campur. Yang lucunya, mak kata adik dan kakcik boleh kawen sekali. Mak oh
mak. Macam manalah anakmu ini nak kawen kalau calonnya tak ada? Atau mungkin jodoh itu ada, cuma anakmu ini
yang tak perasan? Mungkin..
Suatu saat nanti saya akan bincang balik isu ni. Kalaulah ada, saya akan
masukkan data2nya sekali. Kalau saya dah andartu tapi takde
jugak calonnya, siapa tahu kan?huhu..bersedih la saya jawabnya.
Apapun, rasanya kita sambung sahaja bicara tentang cinta ni lain kali. Apa
yang penting sekarang,bina karier, cari pengalaman dan simpanan sebanyak mungkin.
Lepas tu bukak bisnes dan cari duit banyak2. Adios..
Comments
Post a Comment