Persatuan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), pergerakan tidak formal pelajar institut pengajian tinggi, memutuskan untuk meletakkan wakil mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Itu satu perkembangan besar dalam
arena politik negara. Sejak 57 tahun kita merdeka, ini kali pertama mahasiswa
dibenarkan untuk bertanding. Bagaimana atau siapa calon yang dipilih, itu belum
lagi dipastikan.
YTT tidak membantah kalau seorang
mahasiswa mahu bertanding mewakili suara mahasiswa lain. Itu petanda bahawa
mereka sudah bersedia menjadi pelapis pemimpin masa depan. Yang YTT risau cuma
satu perkara, kalau yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran. Bak kata
orang, belajar tak tamat lagi, politiknya tah kemana.
Untuk bertanding, bayarannya tetap
ada. Kalau anak orang kaya, rasanya tidak bermasalah. Kalau anak orang
biasa-biasa? Peluang untuk menang pun hanya 50-50 sahaja. Mampu ke mahasiswa
menanggung beban belanjawan? Kecualilah ada yang sanggup menanggung. Dalam
dunia politik ni, tiada apa yang mustahil.
Untuk menjadi seorang pemimpin,
bertanding sahaja tidak cukup. Kenapa
tidak penuhkan
dulu ilmu di dada, rapatkan diri dengan masyarakat, dan selami
kesusahan mereka. Pemimpin yang baik ialah untuk memimpin dan membantu rakyat,
bukan sekadar memegang jawatan semata-mata.
Ada gossip mengatakan calon yang
akan diletakkan oleh persatuan mahasiswa itu ialah Adam Adli. Siapa budak ni?
Macam mana boleh tercalon dan apa pula kelebihannya? Lucunya gossip ni sampai
kepada kawan YTT kat Birmingham dulu sebelum YTT tau. Hebat betul politik
Malaysia.
Adam Adli ni sebenarnya satu nama
yang kalau sebut, ramai orang kenal. Nama mahasiswa ini bukanlah asing dalam
dunia politik. Beliau banyak terlibat dengan kegiatan politik dan sekarang
digantung pengajian kerana terlibat dalam perhimpunan Bersih 3.0.
Masih tidak begitu jelas kelebihan
yang ada pada anak muda ini. Mungkin ada kelainan yang boleh dibawa oleh
beliau, namun semua itu sukar nak dijangka. Jika benarlah beliau akan
bertanding, kita ikut sahaja rentak mereka. Mungkin ada perubahan positif yang
akan dibawa, iupun jika dia mampu menang.
Inilah penangan Akta Universiti dan
Kolej Universiti (Auku) kepada negara. Apapun, kita tengok perkembangan semasa
nanti. YTT hanya pemerhati, tapi YTT memang alu-alukan pembangkang kerana jika
ada persaingan, barulah ada tekanan untuk jadi lebih baik kan?Siapa pembangkang
dan siapa pencadang itu YTT tak nak bincang.
Apapun YTT suka dunia yang happening
dan meriah! Jangan tunggang terbalik sudahlah!
Comments
Post a Comment