KUALA LUMPUR- Bekas Pendakwaraya Kanan Persekutuan, Dato' Yusof Zainal
Abidin hari ini tampil bersama Karpal Singh di mahkamah sebagai peguambela
kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes Bersih 3.0.
Ini mengejutkan banyak pihak kerana
beliau ialah bekas pendakwaraya dalam kes Liwat 11 Anwar Ibrahim, sebelum
meletakkan jawatan sebagai Pendakwaraya Kanan Persekutuan setelah kes tersebut
selesai.
Tiga pemimpin kanan PKR, Datuk Seri
Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan Badrul Hisham Shaharin hari ini dihadapkan ke
Mahkamah Majistret, Jalan Duta bagi
menjawab tuduhan terhadap kesalahan di bawah Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan
Aman 2012 (Akta 735), atas pertuduhan melanggar arahan mahkamah yang melarang
orang ramai memasuki Dataran Merdeka ketika perhimpunan Bersih 3.0 pada 28
April lepas.
Dalam notis yang berasingan, Azmin
turut menerima pertuduhan di bawah Seksyen 98 Kanun Tatacara Jenayah yang telah
dibuat pada 26 April 2912 atas tuduhan menyertai protes jalanan bagi maksud
membantah perintah Mahkamah Majistret.
Azmin dituduh bersama beberapa
penyokong BERSIH 3.0 mengingkari perintah yang dikeluarkan oleh Majistret Zaki
Asyraf Zubir pada 26 April dengan membuka sekatan besi halangan di Dataran
Merdeka.
Notis itu juga menyatakan keengkaran
mereka dan penyokong BERSIH 3.0 yang lain mungkin menyebabkan rusuhan atau
gaduh-gempur di kawasan tersebut.
Oleh itu, beliau dituduh melakukan
kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 188 dibaca bersama Seksyen 109
dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan (Akta 574).
Pertuduhan kes ke atas mereka
dibacakan di depan Hakim Tuan Mahmud Abdullah.
Hakim membenarkan ikat jamin
sebanyak RM 500 setiap seorang manakala tarikh perbicaraan ditetapkan
kepada 2 Julai 2012.
Pada masa yang sama, banyak pihak
mempertikaikan kenapa hanya tiga pemimpin kanan pembangkang sahaja yang
didakwa, sedangkan hampir 300,000 orang menyertai perhimpunan pada 28 Aril
lepas.
Sivarasiah dalam twitternya berkata
pertuduhan tersebut hanyalah agenda politik semata-mata kerana pertuduhan
pertama iaitu protes jalanan melibatkan 300,000 orang peserta dan bukan tiga
orang sahaja.
Zaid Ibrahim pula menyelar tindakan menghadapkan
pemimpin-pemimpin PKR itu ke mahkamah dengan kesalahan ringan ketika pilihanraya
semakin hampir sebagai “plain dumb”.
-themalaysiantimes.com.my-
Comments
Post a Comment