Oleh: Erna Yusoff
Jika dahulu, televisyen diibaratkan
robot yang hanya mampu tersenyum, namun tidak boleh berkata-kata. Ia tidak
mampu membalas balik kata-kata atau perbuatan orang lain terhadapnya dan hanya
mampu melakukan satu perkara sahaja. Dalam erti kata lain, televisyen sebelum
ini hanya menggunakan komunikasi satu hala sahaja dengan penonton. Jika ada
respon dari penonton kepada syarikat televisyen, ia mengambil masa untuk disampaikan
kembali kepada penonton.
Tapi itu dulu, sekarang tidak lagi.
Kehadiran jaringan sosial dalam
media elektronik baru ternyata mengubah segala-galanya. Sebelum ini, ramai yang
bimbang jika televisyen tidak mampu mengejar kepesatan dan populariti internet,
dan menyebabkan media tradisional itu pupus. Ternyata, tekaan itu tidak benar
sama sekali. Malah, stesen TV yang ada kini mengambil kesempatan ini untuk membaikpulih
sistem mereka menjadi lebih baik.
Facebook dan twitter adalah antara
jaringan sosial paling popular di Malaysia.
Selain digunakan untuk tujuan
promosi, jaringan sosial turut digunakan untuk mendapatkan tindakbalas orang
ramai tentang rancangan yang disiarkan. Interaksi antara televisyen dan
penonton kini menjadi interaksi dua hala. Stesen televisyen yang dulunya hanya mampu
menayangkan cerita atau berita tanpa interaksi dengan penonton, kini mampu
berbuat demikian dengan mudah.
Selebriti boleh berkomunikasi dengan
peminat dengan senang, dan mengajak peminat menonton siaran yang disertai mereka.
Secara tidak langsung, ia menambahkan rating rancangan. Peminat pula berpeluang
berkomunikasi dengan selebriti yang disukai, menambahkan minat mereka untuk
mengetahui lebih lanjut tentang selebriti kesayangan mereka.
Ia juga menjimatkan masa dan wang ringgit.
Setiap updates boleh disampaikan
kepada orang ramai dalam sekelip mata. Berita terbaru, atau isu-isu hangat dari
dalam dan luar negara, disampaikan dengan sangat pantas. Tidak perlu bersusah
payah menghubungi banyak pihak untuk mengesahkan berita, kerana ia boleh
disahkan oleh pihak itu sendiri.
Setiap rancangan terbaru, boleh
dipromosikan dengan caj yang sangat murah atau percuma. Malah promosi tersebut
meliputi bukan setakat dalam negara, malah hingga ke seluruh dunia. Setiap
masa, di mana sahaja, ia boleh diupdates dengan teknologi yang ada.
Ia ringkas, aplikasinya senang, dan
disukai penonton.
Hampir separuh daripada penonton
ialah remaja-remaja yang sukakan teknologi baru. Jaringan sosial adalah antara
aset terpenting yang menghubungkan mereka. Mereka mudah terpengaruh dan ketagih
dengan media sosial. Jadi mereka menyumbang kepada pertumbuhan jaringan sosial
terbesar, sekaligus cepat update dengan isu semasa.
Jika dulu, seseorang perlu memiliki
komputer untuk menggunakan kemudahan jaringan
sosial, kini tidak lagi.Anda
hanya perlukan telefon bimbit yang mempunyai akses internet, ipad, atau iphone.
Harganya juga jauh lebih murah daripada sewaktu awal ia diperkenalkan. Dengan
menggunakan jaringan sosial untuk mempromosikan siaran televisyen, mereka
sekaligus mendekatkan penonton dengan televisyen. Segalanya
pantas dan berkesan.
Comments
Post a Comment