Bayar PTPTN cara mudah!

Dengar kata, siapa yang belum bayar langsung PTPTN akan di black list jika tak bayar sebelum tamat 2014. Jadi, kalau anda rasa andalah orangnya, bolehlah cepat-cepat pergi bayar ye...

Nak pergi bayar kat pejabat PTPTN, pejabat pos atau bank tak sempat atau tak tahu cara?  


Apa kata kita guna cara paling mudah dan menjimatkan, iaitu online banking. Anda boleh pilih sama ada nak guna Maybank2U atau CIMB Clicks.Tapi pastikan anda dah ada akaun Maybank2u atau CimbClicks. Kalau tak ada, klik link di bawah
untuk belajar cara-cara buka akaun online banking anda.

a) Cara-Cara Buka Maybank2u 
b) Cara-Cara Buka CIMB Clicks 

Berikut adalah cara mudah nak bayar PTPTN.. 

1) klik Semak Baki Pinjaman PTPTN dan ikut setiap step yang ditunjukkan. Pada bahagian paling bawah penyata, anda akan nampak bahagian seperti berikut: 



2) Klik PINJAMAN DIPLOMA/IJAZAH/PJJ dan masukkan jumlah bayaran(berapa banyak anda nak bayar), kemudian tekan "Bayar" kat sebelah tepi tu.

3) Anda akan dapat gambaran seperti di bawah: 



4) Tekan "Teruskan". 


5) Anda akan nampak Select Your Retail/Corporate Internet Banking. Pilih cara bayaran yang anda nak buat (saya biasa guna maybank2u). Masukkan email sekali untuk pengesahan.



6) Tekan Agree and Continue. Ia akan link terus ke akaun online banking anda , jadi anda perlu masukkan User ID dan Password dan teruskan macam biasa. 





Selamat Bayar Hutang!!!heheh..

Comments